Kamis, 03 Januari 2013

Siri Membongkar Kesesatan Mohd Asri Zainul Abidin

Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit dengan menghina tindakan islam.

Benarlah hadith Nabawi riwayat Muslim dalam Sohih Muslim yang bermaksud:
" Diangkat orang yang jahil itu sehingga dianggap alim, kemudian ditanya padanya soalan, lantas dia memberi fatwa sesat tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan yang lain ".

Kepada Allah jua kita panjatkan kesyukuran kerana tidak terpengaruh dengan ajaran Wahhabi ini walaupun di antara mereka yang jahil kini diangkat sebagai Mufti atau
lebih layak digelar sebagai Mufti Wahhabi
( MuftiN Asri : Mohd Asri Zainul Abidin Tukang Buat Kacau-bilau Dan Fitnah ).

MunftiN Asri ini banyak mengunakan ajaran songsangnya untuk diserapkan ke dalam kerajaan malaysia dan rakyatnya.

Berkebetulan satu negeri yang berkobar semangat agamanya telah terpengaruh dengan pembawakan ajaran yang mengelirukan ini sehingga seorang yang jahil bahkan tidakpun berasal dari negeri tersebut telah diangkat sebagai Mufti negeri tersebut.
Disamping sokongan oleh mereka yang berpangkat besar bagi meneruskan penyebaran ajaran baru Wahhabiyah ditanah air kita ini.

Pelbagai cara dan taktik kotor digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan secara dusta dengan nama 'salafi' dan 'sunnah'.

Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syia'h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.

Saudara seislamku.
Ajaran Wahhabiyah cukup menjijikkan.
Selain berpegang dengan aqidah sesat yahudi dan kristian yang menyatakan
"Allah Duduk Di atas Kursi" ,
Wahhabi juga tidak serik mengkafirkan seluruh umat islam dan menghalalkan darah umat islam.
MuftiN Asri pernah mengkafirkan seluruh umat islam dalam satu sessi ceramahnya bahawa :
"Sebutan memanggil ' ya Muhammad ' adalah syirik dan kafir" .

Ganjil sungguh kenyataan MuftiN Asri ini.
Adakah dengan menyebut 'ya Muhammad' atau 'ya Rasulullah' dikira sebagai musyrik?!
Fatwa apakah ini wahai MuntiN?! Bukankah MuftiN Asri sendiri dan Wahhabi-wahhabi yang lain turut memanggil orang sedemikian?! adakah Muftin Asri dan kuncu-kuncunya dah kafirkan diri sendiri pula?.

Saudara sekalian, ketahuilah bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa sesat datang dari
MuftiN Wahabi!
Saya cukup pelik kenapa orang yang sejahil MuntiN Asri ini diangkat sebagai mufti.

Kita sebagai umat islam yang mempunyai asas Al-Quran dan Hadith sepatutnya tidak terpengaruh dengan sorokan bertopeng kelulusan PHD atau Dr. atau apa apa sahaja yang diserapka oleh barat.

Bukankah Dr.Amina Wadud si wanita pening juga bergelar Doktor Falsafah dan merupakan pensyarah di Universiti terkemuka yang berkelulusan PHD dalam bidang agama islam?!

Nah!..tanpa disedari ramai,
MuftiNWahhabi ini walaupun sering di war-warkan sebagai Dr. ( Doktor Falsafah ) tidak ubah seperti sekufu Dr. Amina Wadud dalam menghidupkan bid'h.
Kita sebagai umat islam sepatutnya menimbang mengikut syariat islam berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, bukannya berdasarkan sijil semata-mata.

MuftiN Asri
banyak bertopengkan dengan nama penentang bid'ah, malangnya dia sendiri yang membuat bid'ah
Lihat saja bida'h dan pendustaan yang dihasilkan olehnya dalam aqidah antaranya MuftiN ini menyatakan dalam satu majalah secara dusta:
" Akidah Imam Syafie adalah Allah Duduk".

Sungguh berani si MuftiN ini berdusta terhadap Imam Syafie dan tidak gentar melakukan bid'a dalam akidah.
Dalam Al-Quran dan Al-Hadith tidak pernah menyatakan " Allah Duduk ",
maka mengapa MuftiN Asri ini
menyandarkannya kepada Allah?! ( bersemayam Sedangkan hakikatnya dalam kitab Imam Syafie Al-Wasiyah tidak wujud perkataan tersebut.

Dahulu, MuftiN Asri telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel.
MuftiN Asri telah berfatwa bahawa : "Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam".

Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh MuftiN Asri ini?!
Kalaulah tindakan Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai Nahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh MuftiN ini?!.
Adakah MuftiN Asri menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!

Kenyataan MuftiN Asri ini amat disokong oleh golongan Liberal atau yang MuftiN Asri
sendiri namakan sebagai Islam Liberal.
Mereka ini gemar mengamalkan perkara terkutuk di dalam hotel-hotel berdasar penangkapan jabatan agama islam.

Kenyataan Muftin Asri tersebuat amat bertentangan dengan konsep islam dan Hadith Nabawi.
Sekiranya islam mengesyorkan amalan merisik dari rumah ke rumah untuk mengamalkan amal ma'ruf seperti pergi ke rumah-rumah yang dirasakan ahli rumah tersebut memerlukan bantuan bagi menghulurkan bantuan yang sememangnya amalan ini dianggap amal ma'ruf dan amalan yang baik,
begitu jugalah tidak salah sekiranya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam merisik tempat-tempat seperti hotel untuk mencegah kemungkaran.

Seperti mana pihak bertanggungjawab tidak menunggu ribuan fakir miskin keluar terpampang depan mata meminta bantuan bahkan pihak bertanggung jawab pergi merisik tempat-tempat yang dirasakan kewujudan mereka untuk menghulurkan bantuan (amal ma'ruf),
Nah!
begitu jugalah Jabatan Agama Islam tidak perlu menunggu maksiat terpampang depan mata baru nak ambil tindakan.
Dan hadith Nabawi riwayat Muslim yang terkenal bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang mengetahui wujudnya kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya".
"Roa" dalam hadith tersebut bererti 'alima iaitu mengetahui. Macama mana nak tahu kalau tidak mencari.

Sekiranya Jabatan Agama Islam tidak merisik untuk menangkap pengkhalwat di hotel-hotel, maka kenyanglah orang yang berduit untuk buat maksiat di hotel-hotel bersama mana-mana pelacur yang diidamkan.
Adakah mereka ini yang dipertahankan oleh MuftiN Asri?!.

Setelah banyak pembentangan ilmiah bahawa bercanggahnya MuftiN Asri
dengan konsep islam dan Hadith Nabi, maka jelaslah tugas dan fatwa Mufti Wahhabi tersebut tidak ubah ibarat
" Menjilat danur demi memuaskan nafsu anjing yang menjaganya".

Inilah tugas Wahhabi. Apa sahaja pangkat yang dipegang pasti akan merosakkan dan memalukan serta menghina islam itu sendiri.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada fitnah golongan Wahhabiyyah. Amin ya Robbal ?lamin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar