Selasa, 05 Februari 2013

Bolehnya Mengahayunkan Badan Sambil Berdzikir (Nampak Macam menari)


Bolehnya  Mengahayunkan Badan Sambil Berdzikir (Nampak Macam menari)
http://i203.photobucket.com/albums/aa60/kuliwarnet/sufi3.gif
Ada sebagian sufi yang meng ayunkan badan sambil berdzikir (sehingga nampak seperti menari), yang dikenal juga sebagai “the darvishes’ whirling” merupakan salah satu jalan di antara banyak jalan untuk menumbuhkan rasa kasih. Gerakan (menghayunkan badan)  ini dipopulerkan oleh  Jalaluddin Rumi (1207-1273) ratusan tahun yang lalu.
JANGAN MENIRU-NIRU GERAKAN INI TANPA ADA IJAZAH DARI GURU MURSYID!!
INI ADALAH SALAH SATU AMALAN SALAH SATU ALIRAN TAHRIQAH SUFI, DALAM TIAP GERAKAN, PANDANGAN MATA, NAFAS, SERTA DZIKIR ADA ATURANNYA DAN PUNYA TUJUAN TERTENTU
A. Dalil Bolehnya  Mengahayunkan Badan Sambil Berdzikir (Nampak Macam menari)
” Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumNya) : ” Iaitu orang -orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” ( Surah Ali ‘Imran, ayat 91 ). Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin ‘Aisyah R.Ha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah ( berzikir kepada Allah ) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, berbaring, duduk, dan bermacam-macam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib ( sepupu Rasulullah ), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasulullah SAW sebaik saja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, ” Allah menjadikan rupa paras mu seiras dengan Allah menciptakan daku.” Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus di ta’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasulullah SAW. tingkahlaku beliau itu atau body language beliau tidak ditegah atau ditegur Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarekat atau golongan sufiyyah, ada sandarannya. Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulamak besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Syaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulamak besar dalam mazhab hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, ‘tidak mengapa dan boleh dilakukan.’ Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat di Surah Ali Imran di atas beserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar Abi Talib.
Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (bergembira/berbahagia kerana zikrullah). Perasaan gembira/bahagia dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahui, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda kebagahiaan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.
Inilah yang disebut dalam al-Quran (mafhumnya) : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28). Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi ini adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalili atau hujah, berbaliklah kepada hukum fiqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.” Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulamak muktabar, maka saya menyatakan ianya harus dan bukanlah haram. Wallahua’lam.”
Dato’ Dr Harun Din
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.
Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;
ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير
Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan
Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.
C.MAKNA  HADITS SHAHIH AGAR BERDZIKIR SEBANYAK-BANYAKNYA SEHINGGA ORANG MENGATAKAN KAMU GILA
Hadrat Abu zaid al khudri ra. memberitahu bahwa sesungguhnya  Rasulullah SAW bersabda :
“Hendaklah kamu berdzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang mengatakan kamu gila” (HR Ahmad, abu ya’la, ibnu hibban dan hakim dalam shahihnya, dan berkata Hakim “ Shahih sanad dan rawinya”
Dalam Hadist lain :
Dari  Ibnu abbas secara marfu : ” Hendaklah berdzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang-orang menganggap kamu ahli riya” (HR Thabrani dan Baihaqi dari Abi jauzi secara mursal seperti dalam kitab At-targhib)
Keterangan :
Hadits ini menunjukan bahwa amalan yang terpenting dan terunggul ini (dzikrullah) tidaklah sepatutnya ditinggalkan kerana orang munafik atau orang-orang bodoh menganggap perbuatan gila atau riya malahan hendaklah berdzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang-orang menganggap sebagai orang gila apabila mereka berdzikir sebanyak banyaknya dan sekuat kuatnya bukanlah dengan perlahan lahannya.
Ibnu Katsir rah. menulis bahwa ibnu Abbas ra berkata :
“Tidak ada perintah pun yang diwajibkan Allah SWT kepada hambanya-hambaNYa tanpa menentukan ukuran dan batasan atau memberi kelonggoran kepada mereka kecuali dzikrullah. Dzikir tidak ditentukan had dan batasannya dan tidak diterima uzur dari hambanya selagi waras akalnya. Seperti firmanNya :
“Berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak banyaknya ” (al ahzab 33:41)
Seseorang hendaknya senantiasa berdzikir dalam setiap masa dan dalam setiap keadaan. Di malam ataupun siang hari. i darat ataupun dilaut. Didalam perjalanan atau ketika berhenti. Ketika sempit atau lapang. Ketika sakit atau sihat. Baik dengan perlahan atau menguatkan suara. Pendeknya pada setiap masa dan dalam setiap keadaan hendaklah berdzikir”.
C. Haram  jika ada percampuran lelaki dan perempuan
Ulama sufi yang berada di atas jalan kebenaran juga mengakui majlis seperti ini merupakan majlis yang HARAM. Mereka menisbahkan diri mereka kepada sufi tetapi hakikatnya mereka bukan sufi kerana tujuan zikir itu mendekatkan diri kepada Allah dan percampuran lelaki dan perempuan daripada perkara haram yang boleh menjauhkan diri daripada Allah. Jadi matlamat mereka tidak akan sampai kerana wasilahnya menyimpang daripada cahaya quran dan sunnah. Jadi majlis seumpama ini adalah tidak dibenarkan oleh syara’ walaupun mereka menisbahkan nama mereka kepada nama sufi hakikatnya mereka menodai kemurniaan sufi.
Kita mengakui ada sebahagian golongan yang menggunakan nama sufi tetapi menyimpang daripada syariat Islam tetapi dalam masalah yang kita bincangkan di atas ia mempunyai asas dalil yang kukuh untuk menyatakan pendirian bahawasanya perbuatan berzikir dalam keadaan menari merupakan perkara yang SAH di sisi syara’.
Justeru, selagimana tidak ada unsur-unsur yang haram seperti penggunaan alat muzik yang diharamkan, lagu-lagu yang melaghakan, ikhtilat yang haram maka ia tidak tidak menjadi majlis yang HARAM.
Benarlah kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah;
الناس أعداء بما جهلوا
“Manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu”
Janganlah mudah mengatakan tidak ada tetapi belajarlah mengatakan saya belum menjumpainya. Kerana kemungkinan ia ada tetapi belum sampai kepada pengetahuan kita.
Firman Allah;
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلا – الإسراء :85
Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja

Tidak ada komentar:

Posting Komentar