Pemikiran Wahhabiyah tidak sesuai
diamal kerana dikhuatiri boleh pecah belah ummah
FELO Kehormat Institut Pemikiran dan
Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan
sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman
(Wahhabiy), Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan
sebahagian masyarakat terpengaruh.
Beliau yang menjadi ahli panel pada
Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan
(bahawa) masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara
(ini) tidak didedahkan. “Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama,
kononnya tidak moden. (Mereka sebenarnya ingin memodenkan) masyarakat kepada
aliran (pemikiran) Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan
dengan fahaman yang betul mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (pegangan Majlis
Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan) nescaya kita akan berdepan pelbagai masalah
termasuk boleh (memberi ancaman) kepada keselamatan negara,” katanya.
Ketika ditanya, Sejauh mana fahaman
Syiah, aliran Wahhabiy dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam,
Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali
Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini
dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab
Syafi’ie. Beliau berkata, setakat ini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam
Negeri (JAIN) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan
dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan. “Pelbagai
tindakan pencegahan dilakukan JAKIM dan JAKIM bagi mengelakkan fahaman itu
menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di
pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut
fahaman berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, fahaman Syiah dan
Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah diharamkan
di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada
1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah
Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada
3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya
mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi
akidah, syariah dan akhlak. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan
undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain
daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan
yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah
diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan
nikah mutaah (dan banyak lagi penyelewengan).
Sementara fahaman Wahhabiyah pula
tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada
perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali
pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat
penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang
dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun
keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali
berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu
atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal
seperti berlaku di Indonesia.
Bagaimanapun katanya, wujud fenomena
liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau
serta dikaji oleh pihak berkuasa agama. Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27
Julai 2006 membincangkan “Aliran Pemikiran Islam Liberal” dan memutuskan aliran
itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. “Antara
kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui
ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan
kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad,” katanya.
Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah
Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah
dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.
Katanya, penyebaran ajaran sesat
akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah
boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak
dibendung dan ditangani. Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan
Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada
prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis
sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di
kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam.
Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan
pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahhabiy tidak membawa pemikiran
baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu
Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu
Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam
masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi
ilmu di dunia hari ini.
Nota : Di edit dari wartawan :
Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html
25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html
25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.
Kesimpulan :
1) Fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam
Liberal adalah bertentangan dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.
Kewujudan aliran ini bukan sekadar mengganggu-gugat keharmonian fahaman dan
amalan, tetapi tindakan mereka yang ekstrem mampu mengancam keselamatan negara.
Oleh itu, ianya perlu dibendung sehingga ke akar umbi.
2) Bersama kita semarakkan program
Pemantapan Akidah di semua peringkat dalam mendedahkan penyelewengan yang
terdapat pada fahaman ini supaya masyarakat jelas dgn fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang sebenar.
3) Tiba masanya undang-undang sivil
dan syariah diperkasakan bagi tujuan mengawal kesucian akidah dan pematuhan
kepada peraturan syarak dari dicemari oleh golongan ekstrem dan golongan yang
tidak bertanggungjawab. Awas, TIGA SEKAWAN! Wahhabiy, Syiah dan Liberal, kami
akan menggempur kamu! BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.
http://al-ghari.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar