Alhamdulillah pujian bagi Allah yang mencipta Alam. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Saidina Muhammad sallahu ‘alaihi
wasallam dan juga ke atas isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya. Pertamanya sekali,
saya meminta maaf kerana terdapat salah cetakan pada email saya yang asalnya
al_munqiz@yahoo.com.my tetapi telah disalah cetak kepada al_munqiz@yahoo.com
Kita telah dikejutkan baru-baru ini dengan satu risalah yang telah diedarkan
selepas solat jumaat di masjid UIAM pada 2 Mac 2007 yang berjudul KESATUAN
AQIDAH 4 IMAM MAZHAB. Isi kandungan dalam risalah tersebut terdapat banyak
kepalsuan dan pendustaan yang ingin disebarkan di kalangan sahabat-sahabat kita
di UIAM ini. Jelas di dalam risalah tersebut ada rancangan untuk menyebarkan
aqidah tasybih(menyamakan Allah dengan makhluk) di kalangan para pelajar di
dalam universiti kita ini. Di dalam artikel tersebut si penulis ingin menipu
pelajar-pelajar kita tentang ilmu aqidah. Si penulis di dalam artikel tersebut
secara tidak langsungnya telah memperlekehkan atau mencela ulama’-ulama’ Ahli
Sunnah dalam pentakwilan ayat-ayat al Quran. Lihat tulisan si penulis:
(Selain itu wujud lagi pandangan yang lazim dikemukakan oleh
Ahlul Takwil. Mereka mendakwa kononnya kaedah sebenar ASWJ adalah tafwidh iaitu
beriman kepada sifat-sifat Allah manakala MAKNA dan KAIFIATNYA diserahkan
kepada Allah bulat-bulat. Jika benar makna dan kaifiatnya diserahkan kepada
Allah semata, dalam erti kata lain seolah-olah istilah tersebut adalah kosong
tanpa erti dan manfaat. Oleh itu apa faedahnya Allah Subhanahu Ta’ala
menerangkan sifat-sifatNya di dalam Al-quran dan melalui lisan RasulNYa)
Saya tidak tahu bagaimana si penulis ini menuntut ilmu
Agama. Adakah beliau menuntut ilmu agama dari ulama’-ulama’ muktabar atau
ulama’-ulama; musyabbihah dari golongan wahabi. Sekiranya si penulis ini
mempunyai sijil hingga ke peringkat PhD pun atau menjadi pensyarah di
universiti atau sekadar ‘student’ di universiti sahaja, ini tidak menjadikan beliau
alim dan pakar dalam ilmu Agama sehingga boleh memperlekehkan ulama’-ulama’
Ahlu Sunnah. Adakah ilmu agama itu boleh diukur dengan sijil atau dengan
menjadi pensyarah sahaja ataupun memadai dia menjadi ’student’ di universiti
mana-mana?…oh tidak sekali… Ulama’-ulama’ kita dahulu mana yang ada sijil
sampai PhD seperti dia orang ni.
Tulisan-tulisan si penulis di dalam risalahnya telah
memperlekehkan tafsiran-tafsiran ulama’ Salafussoleh. Ulama’ Salafussoleh ada
sebahagian mereka telah menafsirkan ayat-ayat mutasyabihat dengan mengatakan
ayat-ayat tersebut mempunyai makna, tetapi maknanya hanya Allah Ta’ala sahaja
yang tahu. Ini bukan bermaksud bahawa ayat-ayat tersebut tidak mempunyai makna
langsung sepertimana tanggapan si penulis ini.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah (salah seorang daripada
isteri –isteri nabi)) , dan juga diriwayatkan daripada Sufyan Bin Uyainah, dan
daripada Imam Malik bahawa mereka menjelaskan ‘istiwa’ seperti berikut:
الاستواء
معلوم ولا يقال كيف
والكيف غير المعقول
Syarahnya : kalimah istiwa sudah diketahui ianya dinyatakan
dalam al Quran, dan kaifiatnya(bentuk dan sifat-sifat makhluk) tidak boleh
diterima oleh akal.
Diriwayatkan oleh Imam al-Lalikaie. Jadi macamana si penulis
mengatakan ayat-ayat al Quran yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah ada
kaifiatnya tetapi diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya fahaman ini bukan dari
pegangan ulama’ Ahli Sunnah, tetapi ia dijadikan pegangan pada golongan
musyabihah yang mengatakan kaifiatnya hanya Allah Ta’ala sahaja yang tahu.
Imam Ahmad pernah ditanya tentang ayat-ayat mutasyabihat di
antaranya yang berkaitan dengan istiwa, lalu beliau menjawab: استوى كما أخبر
لا كما يخطر للبشر
Maknanya: (Allah) isiawa sepertimana disebut (dalam
alQuran), bukannya seperti yang terlintas di fikiran-fikiran manusia. Jelas di
sini bahawa Imam Ahmad telah menjelaskan tafsiran ayat-ayat mutasyabihah dengan
cara tafwidh(menyerahkan makna kepada Allah.
Si penulis di dalam risalahnya ada mengatakan Allah
bersemayam di atas Arasy. Pertamanya sekali saya tidak tahulah penulis ini,
adakah dia mahir dalam bahasa arab atau tidak. Kalaulah si penulis tidak mahir
berbahasa arab janganlah pandai-pandai menafsir istiwa’ yang terkandung dalam
surah al-R’ad ayat 2 dengan makna bersemayam. Ini menunjukan si penulis masih lagi
jahil dalam bahasa arab. Kalaulah dia ini jahil sangat biarkan kita menerangkan
makna istiwa dalam ayat-ayat tersebut dengan menggunakan tafsiran-tafsiran
ulama’ Ahli Sunnah, bukannya ulama’ musyabihah seperti wahabi dewasa ini.
Sekarang akan disebutkan sebahagian penafsiran lafaz istawa
dalam surah ar Ra’d:
1- Tafsir Ibnu Kathir:
(ثم استوى على العرش
) telah dijelaskan maknanya sepertimana pada tafsirnya surah al Araf,
sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat(bentuk) dan penyamaan
2- Tafsir al Qurtubi
(ثم استوى على العرش
) dengan makna penjagaan dan penguasaan
3- Tafsir al-Jalalain
(ثم استوى على العرش
) istiwa yang layak bagi Nya
4- Tafsir an-Nasafi Maknanya:
makna ( ثم
استوى على العرش) adalah menguasai Ini adalah sebahagian dari
tafsiran , tetapi banyak lagi tafsiran-tafsiran ulamak Ahlu Sunnah yang lain.
Di sini telah dinyatakan tafsir Ibnu Kathir kerana mereka
(wahabi) selalu menggunakan tafsir tersebut dan berbangga-bangga dengannya,
sedangkan pegangan mereka (wahabi) bercanggah sama sekali dengan apa yang
diterangkan oleh Ibnu Kathir.
Si penulis ini dengan ilmu yang diperolehinya entah dari
siapa dan mana telah mengatakan bersemayam adalah sifat Allah. Subhanallah!!!!
Apa yang telah terjadi di UIAM sekarang, masih ada lagi golongan musyabbihah
yang menyamakan sifat makhluk dengan sifat Allah. Adakah si penulis ini tidak tahu
bahawa istiwa dalam bahasa arab mempunyai lebih dari satu makna.
Di dalam kamus-kamus arab yang ditulis oleh ulama’ Ahlu
Sunnah telah menjelaskan istiwa datang dengan banyak makna, diantaranya:
1-masak (boleh di makan) contoh:
قد استوى الطعام—–قد
استوى التفاح maknanya: makanan telah
masak—buah epal telah masak
2- التمام:
sempurna, lengkap
3- الاعتدال
: lurus
4- جلس:
duduk / bersemayam,
contoh: – استوى
الطالب على الكرسي : pelajar duduk atas kerusi -استوى الملك على
السرير : raja bersemayam
di atas katil
5- استولى
: menguasai,
contoh: قد
استوى بشر على العراق
من غير سيف ودم
مهراق
Maknanya: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan
pedang dan penumpahan darah.
Al Hafiz Abu Bakar bin Arabi telah menjelaskan istiwa
mempunyai hampir 15 makna, diantaranya: tetap,sempurna lurus menguasai, tinggi
dan lain-lain lagi, dan banyak lagi maknannya. Sila rujuk qamus misbahul munir,
mukhtar al-Sihah, lisanul arab, mukjam al-Buldan, dan banyak lagi. Yang menjadi
masalahnya, kenapa si penulis memilih makna bersemayam. Adakah makna bersemayam
itu layak bagi Allah?, apakah dia tidak tahu bersemayam itu adalah sifat
makhluk? Adakah si penulis ini tidak mengatahui bahawa siapa yang menyamakan
Allah dengan salah satu sifat daripada sifat makhluk maka dia telah kafir?
sepertimana kata salah seorang ulama’ Salaf Imam at Tohawi
(wafat 321 hijrah):
ومن وصف الله بمعنى
من معانى البشر فقد
كفر
Maknanya: barang siapa yang menyifatkan Allah dengan salah
satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir. Kemudian ulama’-ulama’
Ahlu Sunnah telah menafsirkan istiwa yang terkandung di dalam Al quran dengan
makna menguasai arasy kerana arasy adalah makhluk yang paling besar, oleh itu
ia disebutkan dalam al Quran untuk menunjukkan kekuasaan Allah subhanahu
wata’ala sepertimana kata-kata Saidina Ali yang telah diriwayatkan oleh Imam
Abu Mansur al-Tamimi dalam kitabnya At-Tabsiroh:
ان الله تعالى خلق
العرش اظهارا لقدرته ولم
يتخذه مكان لذاته
Maknanya: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta al-arasy
untuk menzohirkan kekuasaanya, bukannya untuk menjadikan ia tempat bagi Nya.
Si penulis kononnya ingin menetapkan sifat-sifat Allah. Di
antara sifat-sifat Allah yang hendak ditetapkan oleh si penulis ialah kita
mesti menetapkan sifat bersemayam (duduk) kepada Allah. Lihat kata-kata si
penulis: (Bukankah Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan
makhluk maka Dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia
bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tafwidh caranya kepada Allah.
Hanya Dia yang tahu ) Menjawab pada masalah ini: Di perenggan yang atas si
penulis ada menyatakan: (Selain itu wujud lagi pandangan yang lazim dikemukan
oleh Ahlul Takwil. Mereka mendawa kononnya kaedah sebenar ASWJ adalah tafwidh
iaitu beriman kepada sifat-sifat Allah manakala MAKNA dan KAIFIATNYA diserahkan
kepada Allah bulat-bulat. Jika benar makna dan kaifiatnya diserahkan kepada
Allah semata, dalam erti kata lain seolah-olah istilah tersebut adalah kosong
tanpa erti dan manfaat……………. )
Si penulis pada permulaannya telah mencela kaedah tafwidh,
tetapi sekarang dia pulak yang menggunakan kaedah tafwidh dengan mengatakan
cara tafwidh diserah pada Allah. Ooo nampaknya si penulis ni pun nak jadi kaki
penipu, mula-mula mencela kaedah tafwidh kemudian dia sendiri pula yang
menggunakan kaedah ini. Kemudian si penulis ini membolehkan kaedah tafwidh ini
untuk kegunaan aqidah musyabbihah ataupun wahabi dengan mengatakan Allah
bersemayam. Saya rasa si penulis ni masih lagi tak faham dalam bahasa. Bukankah
bersemayam itu sifat makhluk, lafaz dan makna bersemayam’atau ‘duduk tidak ada
dalam al-Quran, yang adanya ialah istawa, dan ulama’ telah menafsirkan istawa
itu dengan makna ‘menguasai’ sepertimana yang telah disebutkan di atas.
Di sini saya nak menambah sedikit tentang penafsiran istawa
dalam al Quran. Imam Fakhr Al- Razi telah menafsirkannya di dalam kitabnya
Tafsir al-Kabir istawa di dalam ayat tersebut dengan makna yang layak bagi
Allah iaitu mencipta, Jadi makna istawa dalam ayat tersebut memberi erti
‘mencipta’. Kerana itulah ulama’-ulama’ Ahlu Sunnah menafsirkan makna istawa
dengan makna yang layak baginya seperti ‘mencipta’ dan ‘menguasai’ sebab di
antara sifat-sifat Allah ialah al Qohir( yang menguasai) dan al-Kholiq ( yang
Maha mencipta).
Tidak ada seorang pun di kalangan ulama’-ulama’ Ahlu Sunnah
yang menafsirkan istawa dengan makna ‘bersemayam’, kecuali ulama’-ulama’ wahabi
atau dari mereka yang cetek ilmu agamanya. Si penulis kononnya berhujah dengan
adanya sifat mendengar kepada Allah, dia mengatakan (.Allah taala bersifat
mendengar.Kita juga bersifat mendengar…..) Saya terasa begitu pelik sekali
dengan si penulis ini. Dia telah telah membuat penyamaan sifat-sifat Allah
Ta’ala dengan sifat makhluk. Dalam al Quran telah dinyatakan sifat-sifat Allah
seperti ‘mendengar’, ‘melihat’ dan lain-lain. Tetapi sifat ‘bersemayam’ tidak
ada dalam al Quran. Kalaulah si penulis mengatakan ‘bersemayam’ adalah sifat
Allah dengan berhujahkan ayat istiwa, maka si penulis ini masih lagi dalam
kejahilan dengan ilmu arab, kerana istiwa dalam bahasa arab memberi makna lebih
dari satu seperti mana yang disebutkan di atas.
Manakala sifat ‘mendengar’ yang disandarkan kepada Allah
memanglah benar berdasarkan dengan firmanNya:
وهو السميع , kerana lafaz tersebut
telah dinyatakan di dalam al Quran, tetapi sifat ‘mendengar’ Allah itu
bersalahan sama sekali dengan makhluk. Janganlah buatlah kerja bodoh dengan
mengatakan “kita boleh menyebut Allah bersemayam tetapi bukan seperti
makhluknya bersemayam” dengan berhujahkan bahawa Allah Maha mendengar tapi
bukan sepertimana makhluk mendengar. Subhanallah, ini sesuatu yang tak boleh
diterima akal. Kalaulah binatang-binatang seperti kambing dianugerahkan akal
oleh Tuhan untuk berfikir sudah pasti kambing itu akan mengatakan’tidak’(ini
perumpamaan sahaja), sebabnya lafaz ‘mendengar’ ada dinyatakan dalam al-quran,
manakala lafaz ‘bersemayam’ tidak ada dinyatakan di dalam al Quran.
Telah berkata Imam al Asy’ari:
لايجوز
تسمية الله الا بما
ورد في الكتاب و
السنة الصحيحة أو الاجماع
Maknanya: tidak boleh menamakan Allah kecuali apa yang telah
dinyatakan di dalam al Kitab(alquran) dan sunnah( hadis) atau ijma’
Telah berkata Imam al-Baqillani:
ما أطلق الله على
نفسه أطلقناه عليه وما
لا فلا
Maknanya: apa Yang Allah sebutkan keatas diriNya kita
sebutkan dan apa yang tidak Dia sebut kita jangan disebut. Lihatlah
saudara-saudaraku sebahagian kata-kata ulama’ ini yang menerangkan bahawa tidak
boleh kita menyifatkan atau menamakan Allah dengan nama atau sifat yang tidak
disebut oleh Allah atau tiada dinyatakan dalam al hadis. Adakah lafaz
bersemayam ada dinyatakan dalam al-quran atau hadis atau dari kata-kata ulama’
yang muktabar?. Sesungguhnya golongan musyabbihah (wahabiah) yang
menterjemahkan makna istiwa itu dengan makna bersemayam. Manakala aqidah Ahli
sunnah tidak menyatakan bersemayam itu adalah sifat Allah.
Di sini akan dinyatakan sebahagian kata-kata ulamak 4 mazhab
tentang aqidah:
1- Imam Abu hanifah:
لايشبه
شيئا من الأشياء من
خلقه ولا يشبهه شيء
من خلقه
Maknanya:: (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada
makhlukNya, dan tidak ada sesuatu makhluk pun yang menyerupaiNya.Kitab Fiqh al
Akbar, karangan Imam Abu Hanifah, muka surat 1
2-Imam Syafie:
انه تعالى كان ولا
مكان فخلق المكان وهو
على صفته الأزلية كما
كان قبل خلقه المكان
لايجوز عليه التغيير
Maknanya: sesungguhnya Dia Ta’ala ada (dari azali) dan
tempat belum dicipta lagi, kemudian Allah mencipta tempat dan Dia tetap dengan
sifatnnya yang azali itu seperti mana sebelum terciptanya tempat, tidak harus
ke atas Allah perubahan. Dinuqilkan oleh Imam Al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf
al-Sadatil Muttaqin jilid 2 muka surat 23
3-Imam Ahmad bin Hanbal :
-استوى
كما اخبر لا كما
يخطر للبشر
Maknanya: Dia (Allah) istawa sepertimana Dia khabarkan (di
dalam al Quran), bukannya seperti yang terlintas di fikiran manusia. Dinuqilkan
oleh Imam al-Rifae dalam kitabnya al-Burhan al-Muayyad, dan juga al-Husoni
dalam kitabnya Dafu’ syubh man syabbaha Wa Tamarrad.
وما اشتهر بين جهلة
المنسوبين الى هذا الامام
المجتهد من أنه -قائل
بشىء من الجهة أو
نحوها فكذب وبهتان وافتراء
عليه
Maknanya: dan apa yang telah masyhur di kalangan orang-orang
jahil yang menisbahkan diri mereka pada Imam Mujtahid ini (Ahmad bin Hanbal)
bahawa dia ada mengatakan tentang (Allah) berada di arah atau seumpamanya, maka
itu adalah pendustaan dan kepalsuan ke atasnya(Imam Ahmad) Kitab Fatawa
Hadisiah karangan Ibn Hajar al- Haitami
4- Imam Malik :
الاستواء
غير المجهول والكيف غير
المعقول والايمان به واجب و
السؤال عنه بدعة
Maknannya: Kalimah istiwah tidak majhul (diketahui dalam al
quran) dan kaif(bentuk) tidak diterima aqal, dan iman dengannya wajib, dan soal
tentangnya bidaah.
Al-Asma’ wa al-sifat karangan imam Al-Baihaqi muka surat
408. Peringatan. Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi hingga zaman
sekarang yang dikenali dengan wahabiah serta kuncu-kuncunya, telah mencela ilmu
aqidah seperti mempelajari sifat 13. Mereka menganggap ianya dari ajaran
falsafah Yunani yang menyusahkan. Subhanallah..ini adalah satu penghinaan
terhadap ulama’-ulama’ Ahlu Sunnah Waljamaah dalam membincangkan sifat 13.
Ulama’-ulama’ kita di nusantara telah banyak menulis tentang mempelajari ilmu
ini, begitu juga ulama’-ulama’ silam seperti Imam Abu Hanifah dan An-Nawawi.
Sila rujuk kitab-kitab mereka. Kita berdoa kepada Allah, agar aqidah umat Islam
seluruh dunia dan juga sahabat-sahabt kita di UIAM ini terselamat dari pengaruh
ajaran sesat musyabihah dan wahabiah. Ulama’-ulama’ Ahli Sunnah telah menulis
beratus-ratus kitab untuk menerangkan aqidah yang sebenar dan mendedahkan
keburukan serta kekufuran golongan-golongan sesat yang lain. Kita di Malaysia
Alhamdulillah berada di atas landasan asyai’rah dari segi aqidah dan Syafiah
dari segi ibadah. Cukuplah untuk menunjukkan kelemahan si penulis dalam bahasa
arab, apabila menterjemahkan ‘makrifatullah’ dengan memahami ilmu Allah (sila
lihat di perenggan pertama dalam risalahnya). Sepatutnya diterjemahkan
‘mengenal Allah’( mengetahui sifat-sifat dan namaNya).
JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN KEPALSUAN DAN PENIPUAN AJARAN
MUSYABBIHAH. TUHAN TELAH MENGANUGERAHKAN KEPADA KITA AQAL UNTUK MEMBEZAKAN YANG
MANA BAIK DAN YANG MANA BURUK. PELAJARILAH ILMU AQIDAH YANG DITERANGKAN OLEH
AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH, DAN JANGANLAH MEMPELAJARI ILMU AQIDAH DARI GOLONGAN
YANG SESAT SEPERTI GOLONGAN WAHABIAH . Wallahu a’lam bissowab. Wassalamualaikum
warahmatullahiwabarokaatuh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar