AKIDAH IMAM HASAN AL-BANNA
Oleh: Abu Syafiq
Alhamdulillah, Wassolatu wassalamu
‘ala Rasulillah.
Ramai pengaku diri sebagai ‘ustaz’
menyanjung perjuangan Imam Hasam Al-Banna yang mengasaskan Ikhwan Muslimin
sebenar. Namun kejahilan ilmu menyebabkan semangat mereka mengatasi hakikat
sepatutnya mereka lalui.
Sebahagian parti, individu, Wahhabi
dan selainnya sering mengunakan nama perjuangan suci Imam Hasan Al-Banna.
Lantas menjaja nama Imam Hasan Al-Banna dan Ikhwan Muslimin berdasarkan hawa
nafsu masing-masing dan kepentingan yang tersasar dari matlamat sebenar Ikhwan
Muslimin.
Ditambah pula dengan mereka tidak berakidah sepertimana yang disajikan oleh Al-Quran dan Hadith melalui fahaman yang tepat dan benar sedangkan ianya telah di sebut terang-terangan oleh Imam yang mereka juga sanjung ini iaitu Imam Hasan Al-Banna rahimahullah ta’ala.

IMAM HASAN AL-BANNA TERANGKAN MENGENAI
AYAT MUTASYABIHAT
Mari sama-sama kita renung penerangan yang hebat oleh Imam Hasan Al-Banna sekaligus menjadi alternativ menyelesaikan pertelingkahan akidah. Semoga yang murtad memeluk Islam kembali.

Berkata Imam Hasan Al-Banna selepas
menyatakan ayat 5 surah Toha:
“ Menyanggah dan menolak mereka yang mendakwa kononnya berpegang secara zahir ayat Quran dan Hadith mustasyabihat secara zahir merupakan mazhab As-Salaf.
Sebenarnya ringkasan daripada dakwaan palsu itu merupakan Tajsim iaitu menjisimkan Allah dan Tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk, kerana zahir lafaz tersebut adalah apa yang telah diletakkan makna baginya.
Maka tiada makna ‘Tangan’ secara hakikat zahirnya kecuali anggota badan dan begitu juga selainnya.
Manakala mazhab As-Salaf tulen tidak berpegang secara zahir pada ayat dan hadith tersebut”.
Rujuk scan kitab di atas, dipetik dari Majmuk Rasail Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada kitab Al-Aqoid m/s 415.

Dinyatakan oleh Imam Hasan AL-Banna
lagi: “ Sesungguhnya ulama As-Salaf tulen dan ulama Al-Khalaf bersepakat
tidak berpegang secara zahir ”.
Rujuk scan kitab di atas, m/s 418.
Rujuk scan kitab di atas, m/s 418.
Saya ( Abu Syafiq ) menyatakan:
Demikian jelas Imam Hasan Al-Banna menolak daripada berpegang secara zahir pada ayat Istawa Allah kerana ertinya adalah bersemayam/duduk.
Begitu juga Imam Hasan Al-Banna menyanggah dakwaan kononnya ulama As-Salaf berpegang secara zahir pada ayat-ayat dan hadith-hadith mustasyabihat.
Ini kerana ulama As-Salaf tulen tidak berpegang secara zahir kerana zahir ayat dan hadith tersebut merupakan sifat makhluk bukan sifat Allah.
Bahkan Imam Hasan Al-Banna menyatakan sesiapa yang berpegang secara zahir maka dia adalah Mujassim dan Musyabbih.

Nah!
Kepada sebahagian parti politik, Wahhabi dan selainnya yang menjaja dan mempergunakan nama Imam Hasan Al-Banna pengasas dan ketua Ikhwan Muslimin soalanku kepada kamu semua… adakah akidah kamu sama dengan Imam yang kamu sanjung atau kamu kafirkan Imam Hasan Al-Banna dalam akidah?!

Jahat dan dusta sungguh mereka yang
mempergunakan nama Imam Hasan Al-Banna sedangkan Imam Hasan Al-Banna berlepas
tangan dari mereka.
-Imam Hasan Al-Banna tidak kata
Allah Bersemayam/duduk, tetapi mereka kata Allah Duduk.
-Imam Hasan Al-Banna, ulama Salaf
tulen dan Khalaf tidak berpegan secara zahir pada ayat 5 surah Toha dan
ayat-ayat serta hadith-hadith mutasyabihat yang lain, tetapi mereka berpegang
secara zahir.
-Imam Hasan Al-Banna menghukum
Tajsim dan Tasybih terhadap sesiapa yang berpegang secara zahir pada ayat dan
hadith mutasyabihat.
Tetapi sebahagian parti politik yang bertopengkan nama Ikhwan Muslimin serta sebahagian Wahhabi mereka berpegang secara zahir, maka ini bererti mereka adalah Mujassim dan Musyabbih sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam hasan Al-Banna sendiri.
Semoga kebenaran terus berpihak kepada mujahid Islam.
Hidup Ikhwan Muslimin Tulen!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar