Sabtu, 12 Januari 2013
HIMPUNAN PANDANGAN PARA ULAMAK TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KAUM KAFIR KRISTIAN/YAHUDI.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih banyak Ummat Nabi Muhammad SAW yg sedar dan tidak terpedaya atas godaan syaitan dan hawa nafsu yg menjerat sesetengah org Islam itu ke arah kekufuran. Terdapat di bawah ini himpunan link-link artikel yang berkisar tentang penggunaan kalimah Allah yang mencetukan kontroversi malah menyebabkan sesetengah daripada ummat Islam sanggup mengadaikan Aqidah dan Iman mereka kerana hanya untuk memastikan keharmonian agama atau memenuhi citarasa pengundi@penyokong. Nauzubillahi minzalik. Tidak kira mereka yang menggelarkan diri sebagai sarjana Islam, tuan guru, ustaz dan orang awam, semuanya hilang pertimbangan dalam mempertahankan soal Aqidah. Kerana karier Politik atau kepentingan peribadi atau kepentingan partai politik atau ketaksuban yang membabi buta terhadap seseorang yang menghalalkan agar orang2 kafir kristian mengsyirikkan Allah SWT. Jika mengikut hukum dan ijma’ ulama’, Redha dengan kekufuran itu menjatuh diri sesorang itu kepada kekufuran. Nauzubillahi minzalik. Inilah hakikat sebenarnya bagi mereka yang berkeras dan yakin dalam memperjuangkan ALLAH untuk org kristian. Nauzubillahi minzalik. ALLAH SWT yg Maha Esa lagi Maha Berkuasa tidak beribu, tidak berbapa, tidak beranak. Namun, org2 yg menyokong kuat pihak gereja dan kaum kafir kristian, seolah-olah menerima penghinaan dan pengsyirikan yg dilakukan oleh kaum kafir kristian. Nauzubillahi minzalik. Kerana itulah Ust Dato’ Dr. Haron Din sanggup dipecat daripada PAS, kerana mempertahankan Aqidah Islam. Bukan hamba benci akan PAS, tetapi hamba benci akan mereka dlm PAS yg menyalak bahawa mereka shj yg membawa sepanduk Islam dan apa shj dtg drpd mereka adalah benar daripada sisi agama. Nauzubillahi minzalik. Sungguh keji, jika Almarhum Ust Dato’ Fadhil Noor masih hidup, sudah tentu Ust akan menyokong Ust Dato’ Dr. Haron Din. Jika arwah datok saya masih hidup, sudah tentu dia akan malu dan sedih, kerana PAS sudah tersasar jauh drpd penubuhan awal. Bukan UMNO shj sudah tersasar, PAS juga tidak ketinggalan. Nak harapkan PKR, sudah tentu tidak, kerana mereka inilah Musuh Allah berani mencabar Agama Islam. Sudah2 politik, kembali kepada ajaran Islam yg sebenarnya…
Bukti Bergambar Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah Yang Telah Dihancurkan Wahabi Laknatullah
Semoga Allah membalas kejahatan mereka ini.
Beberapa kejahatan wahabi yang telah menghancurkan rumah Nabi SAW dan Isteri tercinta Baginda,Sayyidah Khadijah yang merupakan peninggalan bersejarah yang semestinya dirawat dan dijaga dengan baik.Peninggalan seperti ini merupakan tempat2 penting yang menjadi tempat bagi anak cucu kita di generasi akan datang untuk mengenang nilai warisan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.Tetapi kini ianya dihancurkan bagi mengelakkan umat Islam mengenang kembali nabi Muhammad bin Abdullah sekaligus mempromosi nabi mereka muhamad ibn Abd Wahab.
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Ini menjadi bukti sebenarnya WAHABI ingin menghancurkan semua sejarah umat Islam serta mengkafirkan Umat Islam.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.
Pada postingan selanjutnya, saya akan memaparkan foto-foto makam-makam ahlul bayt, para sahabat, dan istri-istri serta kerabat dekat Rasulullah Saw yang dibiarkan terlantar oleh Wahabi-Salafy. Insya Allah.
Catatan :
Sebagian besar gambar tersebut saya peroleh dari kitab : Ummul Mu’minin, Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fie Qalby al-Mushtafa karya DR. Muhammad Abduh Yamani yang telah diterjemahkan oleh penerbit Pustaka IIMaN dengan judul : Khadijah Drama Cinta Abadi sang Nabi. Penulis adalah bekas Menteri Penerangan Kerajaan Arab
Saudi.
WAHABI: SESAT, KHAWARIJ, BUKAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH, PEMBUNUH UMMAT ISLAM, PEMBELOT KHILAFAH ISLAMIYYAH, KUMPULAN BUGHOH…NERAKA?
WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ
Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini. Buktinya :
كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, ” واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم ” عساكر المسلمين ” عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ.
Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita.
“…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H…”
Kesimpulan :
1) Fahaman Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn ‘Abidin disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam (Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah.
2) Mereka digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli bid’ah @ musyrik. Na’uzubillah.
3) al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @ menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk. Nau’zubillah.
4) Golongan al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan umat Islam. Menyokong mereka beerti menyokong pemberontakan terhadap daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam.
5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi.
Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tanduk syaitan. Aamiin.
Mudahnya Sifat 20
Membaca entri Fadhilatul Ustaz Mahfuz berhubung komen Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengenai pengajian tauhid berasaskan sifat 20, terpanggil ambo nak tulis sikit mengenai pengajian kaedah sifat 20 ni. Sejak zaman berzaman, umat Islam di Nusantara belajar mengenal Allah melalui kaedah pengajian sifat 20. Ambo ingatlah tok nenek kita zaman dulu-dulu, atau setidak-tidaknya tok nenek ambolah, pun belajar nak kenal Allah melalui pengajian sifat 20 nilah. Maka amatlah malang jika sekarang ini timbul golongan yang mencemoh pengajian sifat 20. Ada yang mengatakan bahawa ianya adalah mengikut cara falsafah Yunani yang berbelit-belit dan menyusahkan. Mungkin pihak yang mencemoh pengajian tersebut tidak memahami kaedah pengajiannya dengan sebenar kerana untuk orang awam dan orang yang baru masuk Islam, pengajian Sifat 20 untuk mengenal Allah amatlah mudah. Memadai bagi mereka untuk mengaji setakat nazam ‘Aqidatul ‘Awam atau nazam tauhid yang masyhur.
Ini adalah kerana bagi orang awam dia hanya perlu mengetahui 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus bagi Allah. Dan ini sudah tentu tidak bermakna menghadkan sifat-sifat kesempurnaan dan kebesaran Allah kepada hanya 20 sifat sahaja. Seterusnya pengetahuan terhadap sifat-sifat tersebut hanya perlu disokong dengan satu dalil secara ijmal sahaja, sama ada naqli ataupun aqli. Maka di mana susah dan payahnya bagi orang awam untuk belajar mengenal Allah? Apa yang lebih dari itu, seperti mengenal pecahan sifat-sifat tersebut, persoalan ta’alluq dan sebagainya, maka itu semua dihukumkan sebagai “ghawamidhul ilmil kalam” yang tidaklah menjadi keperluan untuk diketahui oleh orang awam. Apa yang perlu bagi orang awam ialah mempertingkatkan keyakinan mereka terhadap sifat- sifat tersebut bagi memperkukuhkan keimanan dan ketaatan mereka kepada Zat yang disifati dengan segala sifat kesempurnaan tersebut yakni Allah s.w.t.
Jika dikatakan bahawa kaedah pembelajaran tersebut gagal menanamkan keimanan yang kukuh dalam diri umat Islam. Maka ini hanyalah sangkaan dan tuduhan yang tidak berasas. Lihat sahaja penyebar-penyebar Islam di rantau kita yang telah mengIslam tok nenek kita. Tiada keraguan bahawa bahawa mereka mempunyai keimanan yang kukuh dan mereka adalah pendokong al-’Asyairah. Merekalah yang memperkenalkan uslub mengenal Allah melalui kaedah pengajian sifat 20. Bandingkanlah dengan mereka-mereka yang mencemoh pengajian sifat 20, setakat mana sumbangan mereka – mereka ini terhadap Islam? Berapa ramai “oghe utei” yang telah mereka Islamkan?
Alhamdulillah, walaupun mendapat cemohan, pengajian sifat 20 masih diajar oleh tuan-tuan guru kita yang mulia. Bahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pun pernah mengajar tauhid mengikut kaedah pengajian Sifat 20 dan kuliah pengajian Sifat 20 beliau telah dirakam dan disebar kepada masyarakat. Maka sewajarnya janganlah dicemoh kaedah pengajian Sifat 20 ni. Ambo setuju jika dikatakan bahawa yang wajib adalah mengenal Allah dengan sebenar-benar ma’rifat, akan tetapi janganlah kerana kita dah jumpa jalan lain untuk kenal Allah, jika ada, maka kita mencemoh dan memperkecilkan jalan atau uslub atau kaedah yang telah sekian lama membawa ramai orang kepada mengenal Allah s.w.t serta mentaatiNya. Demikianlah juga dengan kaedah pengajian membaca al-Quran, janganlah sebab dah ada Qiraati, dah ada Iqra’, maka kita pandang kaedah Baghdadi dengan sebelah mata sahaja. Takut-takut ada bebudak yang tak kenal huruf alif sebab dia hanya kenal bunyinya sahaja. Allahu … Allah.
IMAM 4 MAZHAB MENGKAFIRKAN I’TIQOD TAJSIM DAN ALLAH DUDUK
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد :-
IMAM 4 MAZHAB MENGKAFIRKAN I’TIQOD TAJSIM DAN ALLAH DUDUK
Ketahuilah! mengucap dua kalimah syahadah, mempercayai tentang kewujudan Allah taala sahaja adalah tidak memadai dan aqidah seseorang itu dikira tidak selamat dengan mengatakan : “Allah itu berjisim”, “Allah duduk di atas arasy, Allah mempunyai arah-arah, Allah beranggota” kerana dengan itu mereka terkeluar daripada Firqah An-Najiah atau pun Ahlul Sunnah Wal- Jamaah (ASWJ). Kalimah syahadah itu merangkumi keseluruhan i’tiqod-i’tiqod yang benar daripada semua yang berkaitan dengan Sam’iyaat dan Nubuwwaat. Lagipun mereka yang menjisimkan Allah taala mereka tidak dikira beriman lagi dengan rukun iman yang pertama. Wahabi Mujassimah Musyabbihah inilah yang membawa dokrin-dokrin Yahudi ini ke dalam masyarakat Islam supaya dapat mengelirukan mereka dan lebih menyayatkan hati, sesetengah mereka yang kreatif memodifiedkan hujah-hujah mereka dengan Al-quran dan al-Sunnah supaya kelihatan ianya adalah daripada ajaran Islam. Sebenarnya apa yang Wahabi sembah ialah sesuatu yang dikhayalkan di fikiran-fikiran mereka dan apa yang mereka wahamkan. Ini bukanlan makrifatullah (mengenal Allah Taala) namanya.
AL-WAHHABIYYAH MUJASSIMAH MUSYABBIHAH KEUAR ISLAM SECARA IJMA’
Thoib..disini hamba (penulis) nukilkan sedikit sahaja (ada dengan penulis berlambak lagi) dari ulama’-ulama’ yang menghukumkan Al-Wahhabiyah Mujassimah dan Musabbihah sebagai keluar dari ajaran islam secara ijma’, antaranya ialah ulama’ulama’ Mazhab yang empat, Imamuna Abu Hasan Al-Asy’ary, dan tidak lupa setengah daripada ulama’-ulama’ tanah air kita yang tercinta.
1. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Asy-Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan : “ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”. Kenyataan Imam Asy-Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Asy-Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah. Imam Asy-Syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ‘ Allah Duduk’. Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi wa Rajmul Mu’tady menukilkan dari Al-Qodi al-Husain bahawa Imam Asy-Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas arasy maka dia KAFIR ”.
2. Mari kita lihat pandangan ulama’ Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafiy menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah : “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.
3. Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hanbal dan para ulama mazhab Hanbali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan : “ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hanbali yang masyhur. Manakala seorang ulama mazhab Hanbali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqiy Al-Hanbaliy dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan : “ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.
4. Begitu juga Imam al-Maliky dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah. Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.
5. Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir : “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” . Kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud : “ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya”.
Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) dalam kitab Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6 mengatakan: “ Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.”
Syeikh Nur Al-Din Al-Rahiri rahimahullah
Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata kitab Sabil Al Muhtadin jilid 1 m/s 203 : “ Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) dalam kitab Sabil Al Muhtadin jilid 2 m/s 37 berkata: “Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”.
Perlu penulis ingatkan di sini, bagi muslim dan muslimah-muslimah yang budiman janganlah terpedaya dengan golongan wahhabi ini, kerana dibimbangi akidah setengah daripada mereka itu menjisimkan Allah dan mentashbihkanNya dengan makhluk-makhluk. Rentetan daripada itu, keluar mereka dari agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya. Begitu juga dengan perkahwinan dengan golongan ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan menyayatkan hati.
MULAHAZHAH :
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki rujukan-rujukan penulis nukilkan tadi, penulis bersedia berkongsi di atas dasar menyahut seruan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
TALQIN. Berdasarkan Hadith Nabi&Mazhab Empat-(Kenapa Wahhabi Anti Talqin)
Penerangan Yang Jelas Tentang Keharusan Hukum Mentalqin Mayat
( Bersandarkan Hadith Nabi Dan Mazhab Empat )
Alhamdulillah, Tuhan Pencipta alam, WujudNya azali abadi tanpa permulaan dan tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Sesungguhnya hukum mentalqin mayat dengan kalimat tauhid “ La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah ” ataupun dengan perkataan suci yang lain adalah harus hukumnya dari segi syarak dan bersesuaian dengan ajaran agama Nabi Muhammad.
Sememangnya tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun nas Al-Hadith yang mengharamkan amalan talqin kecuali mereka (antaranya Wahhabi) yang mengharamkannya hanya bersandarkan ianya suatau bid’ah yang tidak dilakukan oleh Rasul. Malangnya nas-nas hadith Nabi jelas bercanggah dengan apa yang mereka dakwa.
Mari kita kupaskan secara ilmiah islamiah.
Hadith Nabi Mengharuskan Talqin
Apa yang didakwa mengenai pengharaman hukum talqin oleh Wahhabi dan kuncu-kuncu mereka yang kerap membuat kacaubilau dalam masyarakat umat islam adalah tidak berasas. Bahkan ianya bertujuan memperlaga-lagakan umat islam yang melakukan amalan tersebut.
Kononnya ianya adalah satu bid’ah yang dah confirm Nabi tak pernah buat dan tak pernah suruh orang lain buat dan bagi Wahhabi siapa buat amalan talqin maka dia dah buat bid’ah dan akan masuk api neraka jahannam.
Benarkah dakwaan Wahhabi itu?
Mari kita singkap hadith Nabi Muhammad sendiri menyuruh amalan talqin yang diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mu’jam Sighir dan Mu’jam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata :
[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء” .
Yang bermaksud : “Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanahlah dan berdirilah seorang dikalangan kamusemua pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan engkau telah meredhoi dengan allah sebagai tuhanmua dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.” Tamat hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal Kabir.
Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :
وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه
Yang bermaksud : “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam”.
Maka hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana jua para ulama salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya.
Tiada seorangpun ulama islam yang muktabar mengingkari amalan talqin ini kecuali sebilangan kecil ajaran sesat dizaman kini yang berhobi sangat dalam memecah belahkan umat islam dengan mendakwa amalan talqin adalah satu bid’ah yang teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat dan akan masuk neraka jahannam.
Soalan kutujukan pada si penentang amalan talqin :
1- Bagikan padaku ayat Al-Quran yang jelas mengharamkan dan membid’ahkan amalan talqin?
2- Berikan padaku Hadith yang jelas dari Nabi Muhammad yang mengatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?
3- Sebutkan seorang sahaja ulama salafussoleh @ salafi hakiki ( ulama islam yang hidup sebelum 300H )yang menyatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?
Saya menunggu jawapan soalan diatas dari Wahhabi dan kuncu-kuncunya dari seluruh pelusuk dunia termasuk ulama-ulama Wahhabi dimana sahaja kamu berada dan apa bahasapun yang kamu pakai.
Disini ingin kubawa buat teman-temanmengenai kata-kata ulama islam ahli sunnah Wal Jamaah mengharuskan amalan talqin dari mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan juga tidak lupa dari mazhab Hambali yang mana sebahagian puak Wahhabi sering mendakwa mereka dari golongan Hambali.
Mazhab Islam Mengharuskan Talqin
Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin
1-Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan :
: “وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره”.
“Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkannya dalam kuburnya”.
Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan disyariatkan.
Adakah Wahhabi akan membid’ahkan serta mengkafirkan ulama Hanafi kerana mengharuskan amalan talqin? Kenapa wahhabi benci sangat dengan amalan talqin?
Apa kesalahan talqin terhadap kamu wahai wahhabi?
Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin
1- Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 :
باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده
Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.
Dalam mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang mengharamkan amalan talqin.
Dimana anda wahai si pengharam tanpa dalil?!
Mazhab Syafi’e Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan Talqin
1- Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304 :
قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه” ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي”
Yang bermaksud : “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.
Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :
“وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به”
Imam Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”.
2- Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
“ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله …” إلى اخره .
Yang bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).
Di malaysia kita umat islam kebanyakannya berpegang dengan mazhab Syafi’e. Kenapa anda buat fitnah ke tanah air kita wahai Wahhabi? Dengan memecah belahkan umat islam mengunakan isu talqin. Sedangkan hukum talqin adalah harus berdalilkan dari hadith Nabawi.
Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin
1- Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :
“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama ( selainnay hanya mengaruskan sahaja).
Nah! Dimana pula kedudukan Wahhabi setelah hukum keharusan talqin diperjelaskan berdasarkan hadith Nabi dan mazhab empat termasuk mazhab Hambaly..?
Saudara sekalian..pilihlah..anda mahu mengikut ulama islam yang muktabar yang mana mereka mempunyai hujjah dari nas ataupun mahu mengikut Wahhabi yang mengatakan amalan talqin adalah bid’ah lagi haram sedangkan wahhabi tak mempunyai satu dalilpun menyokong fatwa sesat mereka.
Wahhabi…! usah menentang amalan talqin..lebih elok kembali ke pangkal jalan dan memerangi maksiat yang jelas lagi tersuluh diluar sana termasuk memperbetulkan akidah mereka sendiri yang songsang iaitu ” Allah Duduk”!
*Nasihat saya bagi pengamal talqin agar tidak menetapkan atau meminta apa-apa bayaran dunia atas perbuatan yang diharuskan itu untuk mengajar diri agar lebih ikhlas kepada Allah.
Kamis, 03 Januari 2013
Siri Membongkar Kesesatan Mohd Asri Zainul Abidin
Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit dengan menghina tindakan islam.
Benarlah hadith Nabawi riwayat Muslim dalam Sohih Muslim yang bermaksud:
" Diangkat orang yang jahil itu sehingga dianggap alim, kemudian ditanya padanya soalan, lantas dia memberi fatwa sesat tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan yang lain ".
Kepada Allah jua kita panjatkan kesyukuran kerana tidak terpengaruh dengan ajaran Wahhabi ini walaupun di antara mereka yang jahil kini diangkat sebagai Mufti atau
lebih layak digelar sebagai Mufti Wahhabi
( MuftiN Asri : Mohd Asri Zainul Abidin Tukang Buat Kacau-bilau Dan Fitnah ).
MunftiN Asri ini banyak mengunakan ajaran songsangnya untuk diserapkan ke dalam kerajaan malaysia dan rakyatnya.
Berkebetulan satu negeri yang berkobar semangat agamanya telah terpengaruh dengan pembawakan ajaran yang mengelirukan ini sehingga seorang yang jahil bahkan tidakpun berasal dari negeri tersebut telah diangkat sebagai Mufti negeri tersebut.
Disamping sokongan oleh mereka yang berpangkat besar bagi meneruskan penyebaran ajaran baru Wahhabiyah ditanah air kita ini.
Pelbagai cara dan taktik kotor digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan secara dusta dengan nama 'salafi' dan 'sunnah'.
Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syia'h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.
Saudara seislamku.
Ajaran Wahhabiyah cukup menjijikkan.
Selain berpegang dengan aqidah sesat yahudi dan kristian yang menyatakan
"Allah Duduk Di atas Kursi" ,
Wahhabi juga tidak serik mengkafirkan seluruh umat islam dan menghalalkan darah umat islam.
MuftiN Asri pernah mengkafirkan seluruh umat islam dalam satu sessi ceramahnya bahawa :
"Sebutan memanggil ' ya Muhammad ' adalah syirik dan kafir" .
Ganjil sungguh kenyataan MuftiN Asri ini.
Adakah dengan menyebut 'ya Muhammad' atau 'ya Rasulullah' dikira sebagai musyrik?!
Fatwa apakah ini wahai MuntiN?! Bukankah MuftiN Asri sendiri dan Wahhabi-wahhabi yang lain turut memanggil orang sedemikian?! adakah Muftin Asri dan kuncu-kuncunya dah kafirkan diri sendiri pula?.
Saudara sekalian, ketahuilah bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa sesat datang dari
MuftiN Wahabi!
Saya cukup pelik kenapa orang yang sejahil MuntiN Asri ini diangkat sebagai mufti.
Kita sebagai umat islam yang mempunyai asas Al-Quran dan Hadith sepatutnya tidak terpengaruh dengan sorokan bertopeng kelulusan PHD atau Dr. atau apa apa sahaja yang diserapka oleh barat.
Bukankah Dr.Amina Wadud si wanita pening juga bergelar Doktor Falsafah dan merupakan pensyarah di Universiti terkemuka yang berkelulusan PHD dalam bidang agama islam?!
Nah!..tanpa disedari ramai,
MuftiNWahhabi ini walaupun sering di war-warkan sebagai Dr. ( Doktor Falsafah ) tidak ubah seperti sekufu Dr. Amina Wadud dalam menghidupkan bid'h.
Kita sebagai umat islam sepatutnya menimbang mengikut syariat islam berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, bukannya berdasarkan sijil semata-mata.
MuftiN Asri
banyak bertopengkan dengan nama penentang bid'ah, malangnya dia sendiri yang membuat bid'ah
Lihat saja bida'h dan pendustaan yang dihasilkan olehnya dalam aqidah antaranya MuftiN ini menyatakan dalam satu majalah secara dusta:
" Akidah Imam Syafie adalah Allah Duduk".
Sungguh berani si MuftiN ini berdusta terhadap Imam Syafie dan tidak gentar melakukan bid'a dalam akidah.
Dalam Al-Quran dan Al-Hadith tidak pernah menyatakan " Allah Duduk ",
maka mengapa MuftiN Asri ini
menyandarkannya kepada Allah?! ( bersemayam Sedangkan hakikatnya dalam kitab Imam Syafie Al-Wasiyah tidak wujud perkataan tersebut.
Dahulu, MuftiN Asri telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel.
MuftiN Asri telah berfatwa bahawa : "Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam".
Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh MuftiN Asri ini?!
Kalaulah tindakan Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai Nahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh MuftiN ini?!.
Adakah MuftiN Asri menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!
Kenyataan MuftiN Asri ini amat disokong oleh golongan Liberal atau yang MuftiN Asri
sendiri namakan sebagai Islam Liberal.
Mereka ini gemar mengamalkan perkara terkutuk di dalam hotel-hotel berdasar penangkapan jabatan agama islam.
Kenyataan Muftin Asri tersebuat amat bertentangan dengan konsep islam dan Hadith Nabawi.
Sekiranya islam mengesyorkan amalan merisik dari rumah ke rumah untuk mengamalkan amal ma'ruf seperti pergi ke rumah-rumah yang dirasakan ahli rumah tersebut memerlukan bantuan bagi menghulurkan bantuan yang sememangnya amalan ini dianggap amal ma'ruf dan amalan yang baik,
begitu jugalah tidak salah sekiranya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam merisik tempat-tempat seperti hotel untuk mencegah kemungkaran.
Seperti mana pihak bertanggungjawab tidak menunggu ribuan fakir miskin keluar terpampang depan mata meminta bantuan bahkan pihak bertanggung jawab pergi merisik tempat-tempat yang dirasakan kewujudan mereka untuk menghulurkan bantuan (amal ma'ruf),
Nah!
begitu jugalah Jabatan Agama Islam tidak perlu menunggu maksiat terpampang depan mata baru nak ambil tindakan.
Dan hadith Nabawi riwayat Muslim yang terkenal bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang mengetahui wujudnya kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya".
"Roa" dalam hadith tersebut bererti 'alima iaitu mengetahui. Macama mana nak tahu kalau tidak mencari.
Sekiranya Jabatan Agama Islam tidak merisik untuk menangkap pengkhalwat di hotel-hotel, maka kenyanglah orang yang berduit untuk buat maksiat di hotel-hotel bersama mana-mana pelacur yang diidamkan.
Adakah mereka ini yang dipertahankan oleh MuftiN Asri?!.
Setelah banyak pembentangan ilmiah bahawa bercanggahnya MuftiN Asri
dengan konsep islam dan Hadith Nabi, maka jelaslah tugas dan fatwa Mufti Wahhabi tersebut tidak ubah ibarat
" Menjilat danur demi memuaskan nafsu anjing yang menjaganya".
Inilah tugas Wahhabi. Apa sahaja pangkat yang dipegang pasti akan merosakkan dan memalukan serta menghina islam itu sendiri.
Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada fitnah golongan Wahhabiyyah. Amin ya Robbal ?lamin.

Langganan:
Postingan (Atom)