1. Bebas Mazhab bid`ah yang paling
bahaya yang meruntuhkan Syariat Islam
Sejarah
telah membuktikan bahawa taqlid dan thoriqah tidak sekali-kali menyebabkan umat
menjadi jumud dan beku. Sebaliknya, seruan ijtihad dan bebas dari bertaqlid
kepada mazhab tertentu yang diserukan oleh kaum mutassallif abad kita ini,
amatlah meragukan dan sehingga kini yang dihasilkannya adalah perpecahan dan
kehinaan yang berpanjangan kepada umat ini. Seruan tersebut masih tidak
membuahkan apa-apa hasil dan natijah yang boleh dibanggakan. Seruan agar umat
berijtihad tanpa mengira samada mereka itu berkelayakan atau tidak, adalah satu
seruan yang merbahaya dan boleh meruntuhkan agama serta memecahkan perpaduan
umat. Kalaupun nak berijtihad, maka biarlah ianya dilakukan oleh ulama yang
mencapai darjat mujtahid. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi telah mengarang
satu buku yang amat baik menjelaskan tentang bahaya fahaman al-la madzhabiyyah
(bebas mazhab). Karyanya tersebut berjodol “al-La Madzhabiyyah akhtharu
bid`atin tuhaddidusy Syarii`atal Islamiyyah” (Bebas Mazhab bid`ah yang
paling bahaya yang meruntuhkan Syariat Islam). Eloklah sesiapa yang ingin
mengetahui berhubung bahaya ini membaca dan mentelaah karya ulama Syria ini
dengan hati yang bersih dan ikhlas untuk mencari kebenaran. Rasanya telah ada
pun terjemahannya dalam Bahasa Melayu, tapi kepada yang nak jadi mujtahid
kenalah baca yang asal dalam Bahasa `Arab. Cam ne nak jadi mujtahid kalau masih
bertaqlid dengan terjemahan orang lain!!!!!
Penyakit
/ Kebinasaan bagi agama itu ada tiga: (i) faqih yang fajir; (ii) pemimpin yang
jahat; dan (iii) mujtahid yang jahil.
Tanpa
memperhatikan kepada sanad hadits di atas, adakah kita tidak setuju bahawa
mujtahid yang jahil itu membinasakan agama? Bukankah yang dinyatakan itu adalah
satu kebenaran yang tidak boleh ditolak. Semoga Allah merahmati semua mujtahid
yang benar-benar layak berijtihad dan dibersihkanNya umat ini dari segala
fitnah yang timbul daripada mujtahid-mujtahid gadungan. Pahlawan agama yang
bermazhab dan berjasa mendaulatkan Islam
Penjelasan
Imam al-Nawawi dipetik dari kitab Majmu’ Sharh al-Muhazzab
Bab
Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa
Bab
Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa
Terjemahan
“Dan
tidak boleh bagi si awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada
imam-imam di kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada
generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi
darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka;
ini
adalah kerena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan
meletakkan prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang
daripada mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui.
Hanyasanya,
(ulama’2) yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para
sahabat dan tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum
berlakunya perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan
furu’ mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka
berdua.”
[Kemudian
Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam al-Shafie dari pandangan
beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan mengapa beliau bermazhab
dengan mazhab Imam al-Shafie]
“Dan
oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut
masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka
melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya,
mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau
mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan
gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan
mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan
kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.
Dan
dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih,
kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti
beliau dalam perkara ini.
Maka
dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan
bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil
dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang
daripada para imam.
Hal
ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam
al-Shafie dan bermazhab dengannya.”
Sedikit
Ulasan
·
Mengikut mazhab yang empat pada
hakikatnya mengikut mazhab para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat
merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah
Rasulullah SAW.
·
Terdapat beberapa Imam dalam mazhab
al-Shafie yang menerangkan sebab kenapa mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie
seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Bayhaqi dan Imam al-Suyuthi. Jelaslah mereka
bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie bukan kerana taqlid semata-mata.
·
Kalau andadapat cari sebab-sebab
yang dikemukan oleh para imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat
pegangan anda dengan mazhab yang muktabar seperti mazhab Imam al-Shafie .
·
Ada saper2 nak bantah kata2 Imam
al-Nawawi ini?!
·
Pelik sungguh bila melihat orang
ramai sanggup mengikut pendapat golongan Wahhabi yang tidak mempunyai latar
belakang pengajian agama yang kukuh, bahkan sebahagian besar mereka adalah
daripada golongan professional [pilot pun ader, pegawai syarikat komunikasi pun
ader, pegawai bank pun ader] yang tidak mahir berbahasa arab dan meninggalkan
ulama’ mazhab yang empat seperti Imam al-Nawawi .
·
Fikir-fikirkanlah .
Alim
besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan
dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas
ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu
ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s
235 & 236 daripada kitab dibawah]
Beliau
menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang
sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang
digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga
242 daripada kitab di bawah].
Beliau
berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan
kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli
Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi
Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang
digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan
golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela
bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan
golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah
[Semoga anda diberi hidayah oleh Allas SWT]. Kitab ini bertajuk:
[السلفية:
مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]
“Al-Salafiyyah:
Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”
Kitab
ini adalah satu penerangan dan kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran
Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti beliau.
“Cukuplah
pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.”
Terjemahan:“Dan
manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan
menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari
ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli
bid’ah.
Ini
adalah kerana sekiranya istilah “al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama
seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah
dengan mencipta nama yang berbeza dengan nama yang telah disepakati oleh
generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas mereka].
Dan
nama yang bid’ah lagi tidak diperlukan ini telah cukup untuk menimbulkan
ketidakstabilan dan perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.
Dan
manakala sekirannya nama al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeza dengan
dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah
ini telah berlaku dengan nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta
kandungannya yang bathil, dan istilah ini cuba menegakkan benderanya dan
mengangkat kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati
oleh generasi Salaf dan [generasi Salafus Soleh pada hakikatnya] telah berijma’
menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”
Maka
telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan
istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan
sebagai jenama/nama bagi sebuah kumpulan baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan
diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang bersatu dalam menggunakan istilah
“Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang dengan hakikat [Ahli Sunnah dan
Jama’ah] yang benar.”
Dapat
difahami daripada kata-kata di atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:
- Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
- Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
- Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.
Semoga
nasihat beliau ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang
mati, menyedarkan hati yang lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan
meluruskan hati yang terpesong dengan izin Allah SWT dan berkat kasih
sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.
Wassalam.