Di atas adalah kubur Syeikhul IslamWahhabi Ibnu Taimiyah Al-Harrani 661-728H.
Di
atas adalah kubur Ibnu Taimiyah yang dihancurkan oleh Wahhabi pada
bahagian atasnya kerana menganggap pembinaan kubur seperti itu adalah
bid'ah masuk neraka.
Disediakan oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 ) copy-paste secara amanah adalah "halal".
IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGHIDUPKAN NISFU SYA'BAN DENGAN AMALAN YANG KHUSUSSememangnya
ulama Islam menghormati bulan Sya'ban khasnya pada pertengahannya atau
dinamakan sebagai Nisfu Sya'ban. Terlalu banyak kenyataan ulama Islam
mengenai kemulian dan amalan khas pada Nisfu Sya'ban kesemuanya adalah
benar belaka kecuali beberapa kaifiyat yang tidak digariskan mengikut
panduan syarak yang betul. Saya
(Abu Syafiq) pada kali ini tidak
mahu menukilkan kenyataan ulama-ulama Islam tersebut tetapi akan dibawa
kenyataan ImamWahhabi Syeikhul IslamMereka Ibnu Taimiyah Al-Harrani
berkaitan amalan Nisfu Sya'ban.
Wahhabi yang mengkafirkan umat
Islam kononnya atas dasar menghidupkan, memuliakan dan mengkhususkan
amalan pada Nisfu Sya'ban adalah mengkafirkan juga Syiekh IslamMereka
Ibnu Taimiyah walaupun selalau dinafikan. Ini kerana Syeikh IslamMereka
Ibnu Taimiyah mengalakkan amalan Nisfu Sya'ban.
Para pembaca
pasti akan perasan, bila tiba Nisfu Sya'ban jek Wahhabi akan bergegas
lekas untuk menulis di laman internet dan surat khabar menentang dan
menolak sekeras-kerasnya amalan yang dilakukan pada Nisfu Sya'ban secara
mutlak. Akan tetapi orang yang langsung tidak solat Fardhu dibiarkan
tidak pula dinasihat atau ditegur. Ini kerana bagi Wahhabi kesemua orang
yg kafir dan orang musyrik adalah mukmin beriman kepada Allah...Inilah
unsur Liberal yang wujud dalam perut otak akidah Wahhabi.
--------------------------
1- IBNU TAIMIYAH MENGKHUSUSKAN AMALAN SOLAT PADA NISFU SYA'BAN & MEMUJINYABerkata Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Majmuk Fatawa pada jilid 24 mukasurat 131 mengenai amalan Nisfu Sya'ban teksnya:
إذا صلَّى الإنسان ليلة النصف وحده أو في جماعة خاصة كما كان يفعل طوائف من المسلمين فهو: حَسَنْErtinya:
" Apabila seorang itu menunaikan solat pada malam Nisfu Sya'ban secara
individu atau berjemaah secara KHUSUS sepertimana yang dilakukan oleh
sebilangan masyarakat Islam maka ianya adalah BAIK ".
Lihat
bagaimana Ibnu Taimiyah sendiri memuji dan mengalakkan amalan khas pada
malam Nisfu Sya'ban agar kita menunaikan solat sunat pada waktu itu
secara berseorangan atau dilakukan secara berjemaah lantas Ibnu Taimiyah
menyifatkan amalan khusus itu sebagai HASANUN iaitu MULIA & BAIK.
Manakala solat seratus rakaat dibaca 1000 kali surah Al-Ikhlas yang
dilakukan pada malam itu merupakan sesuatu yang tidak warid.
Apa pula kata Jamaah Takfir Al-Wahhabi atas hukum Ibnu Taimiyah tadi?
Mungkin ramai Wahhabi tak percaya. TAK PECAYA? lihat ini lagi...
---------------------------
2- IBNU TAIMIYAH MENGKHUSUSKAN AMALAN SOLAT NISFU SYA'BAN KERANA ADA HADITH MEMULIAKANNYABerkata Ibnu Taimiyah pada kitab Majmuk Fatawa jilid 24 juga pada mukasurat seterusnya 132 teksnya:
وأما
ليلة النصف - من شعبان - فقد رُوي في فضلها أحاديث وآثار ، ونُقل عن طائفة
من السلف أنهم كانوا يصلون فيها، فصلاة الرجل فيها وحده قد تقدمه فيه سلف
وله فيه حجة (( فلا ينكر مثل هذا )) ، أما الصلاة جماعة فهذا مبني على
قاعدة عامة في الاجتماع على الطاعات والعبادات
Terjemahan kata Ibnu Taimiyah di atas:
"
Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian
dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan
dari golongan AL-SALAF (bukan wahhabi) bahawa mereka menunaikan solat
khas pada malan Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara
berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama Al-Salaf dan dalam
perkara tersebut TERDAPAT HUJJAH maka jangan diingkari, manakala solat
secara jemaah (pd mlm nisfu sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am
pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat" .
Amat jelas bukti dari kitab Ibnu Taimiyah sendiri bahawa dia mengalakkan amalan KHAS dan khusus pada nisfu Sya'ban.
Tetapi Wahhabi mengkafirkan sesiapa yang mengkhususkan amalan pada Nisfu Sya'ban atas dasar kononnya membawa syariat yang baru.
Apa
pula kata Wahhabi kpd Ibnu Taimiyah dalam kes ini?? Dia salah?? Kafir??
Tukang buat bid'ah??! Yallah! keluarkan hukum pada Ibnu Taimiyah
seperti mana kamu menghukum umat Islam sebagai kafir, sesat dan bid'ah
pada kes yang sama. YALLAH!
---------------------------
3- IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGIKUT AS-SALAF YANG MENGKHUSUSKAN AMALAN PADA NISFU SYA'BANBerkata Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Iqtido' As-sirot Al-Mustaqim pada mukasurat 266 teksnya:
ليلة
النصف مِن شعبان. فقد روي في فضلها من الأحاديث المرفوعة والآثار ما
يقتضي: أنها ليلة مُفضَّلة. وأنَّ مِن السَّلف مَن كان يَخُصّها بالصَّلاة
فيها، وصوم شهر شعبان قد جاءت فيه أحاديث صحيحة. ومِن العلماء من السلف، من
أهل المدينة وغيرهم من الخلف: مَن أنكر فضلها ، وطعن في الأحاديث الواردة
فيها، كحديث:[إن الله يغفر فيها لأكثر من عدد شعر غنم بني كلب] وقال: لا
فرق بينها وبين غيرها. لكن الذي عليه كثيرٌ مِن أهل العلم ؛ أو أكثرهم من
أصحابنا وغيرهم: على تفضيلها ، وعليه يدل نص أحمد - ابن حنبل من أئمة السلف
- ، لتعدد الأحاديث الواردة فيها، وما يصدق ذلك من الآثار السلفيَّة، وقد
روي بعض فضائلها في المسانيد والسنن
Terjemahan kata Ibnu Taimiyah di atas:
(("
Malam Nisfu Sya'ban. Telah diriwayatkan mengenai kemuliannya dari
hadith-hadith Nabi dan kenyataan para Sahabat yang menjelaskan bahawa
ianya adalah MALAM YANG MULIA dan dikalangan
ulama As-Salaf yang MENGKHUSUSKAN MALAM NISFU SYA'BAN DENGAN MELAKUKAN SOLAT KHAS PADANYA dan berpuasa bulan Sya'ban pula ada
hadith yang sahih.
Ada dikalangan salaf, sebahagian ahli madinah dan selain mereka
sebahagian dikalangan khalaf yang mengingkarinya kemuliannya dan
menyanggah hadith-hadith yang diwaridkan padanya seperti hadith
'Sesungguhnya
Allah mengampuni padanya lebih banyak dari bilangan bulu kambing bani
kalb' katanya mereka tiada beza dengan itu dengan selainnya, AKAN TETAPI
DI SISI KEBANYAKAN ULAMA AHLI ILMU ATAU KEBANYAKAN ULAMA MAZHAB KAMI
DAN ULAMA LAIN
ADALAH MEMULIAKAN MALAM NISFU SYA'BAN,
DAN DEMIKIAN JUGA ADALAH KENYATAAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL DARI ULAMA
AS-SALAF kerana terlalu banyak hadith yang dinyatakan mengenai kemulian
Nisfu Sya'ban, begitu juga hal ini benar dari kenyataan dan kesan-kesan
ulama As-Salaf, dan telah dinyatakan kemulian Nisfu Sya'ban dalam banyak
kitab hadith Musnad dan Sunan ")).
Tamat kenyataan Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Iqtido' As-sirot Al-Mustaqim pada mukasurat 266.
Para
pembaca sekalian, perhatikan dan fokuskan pada teks Ibnu Taimiyah di
atas mengenai amalan khusus dan kelebihan Nisfu Sya'ban:
1- IANYA ADALAH MALAM YANG MULIA DAN ADA KELEBIHAN
2- ULAMA AS-SALAF MENGKHUSUSKAN MALAM NISFU SYA'BAN DENGAN MELAKUKAN SOLAT KHAS
3- DI SISI KEBANYAKAN ULAMA AHLI ILMU ATAU KEBANYAKAN ULAMA MAZHAB KAMI DAN ULAMA LAIN
ADALAH MEMULIAKAN & MEMBERI KELEBIHAN UNTUK MALAM NISFU SYA'BAN, DAN DEMIKIAN JUGA ADALAH KENYATAAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL DARI ULAMA AS-SALAF.
Lihat
bagaimana Ibnu Taimiyah memuji amalan, mengkhususkan amalan dan
memuliakan Nisfu Sya'ban kemudian menyatakan ianya adalah pandangannya,
Imam Ahmad bin Hambal, dan ulama As-Salaf serta pandangan ahli ilmu.
Manakala
Wahhabi pula mengkafirkan sesiapa yang memuliakan dan mengkhususkan
amalan ibadat pada Nisfu Sya'ban kononnya atas dasar itu adalah agama
yang baru.
Nah! WAHHABI PUN MENGKAFIR IBNU TAIMIYAH.