Sabtu, 12 Januari 2013

Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan penyebar tasawuf di Jawa Barat

Koleksi tulisan HAJI WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH SEBAGAIMANA telah diketahui bahawa pelaku utama berkembangnya Thariqat Syathariyah di Asia Tenggara pada peringkat awal dilakukan oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri di Aceh dan Syeikh Abdul Mubin bin Jailan al-Fathani di Pattani. Syeikh Abdur Rauf mempunyai beberapa orang murid sebagai kadernya yang terkenal, di antara mereka ialah; Syeikh Burhanuddin Ulakan di Minangkabau, Syeikh Abdul Malik di Terengganu, dan ramai lagi, termasuklah Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan yang akan dibicarakan ini. Ulama ini cukup terkenal dalam percakapan lisan di Jawa Barat, terutama sekali mengenai keramat-keramatnya. Bahan mentah yang berupa cerita lisan masyarakat yang bercorak mitos atau legenda atau dongeng yang berbagai-bagai versi penyampaiannya lebih banyak diperoleh, jika dibandingkan dengan berupa bahan yang bertulis. Walau bagaimanapun, ada tiga buah manuskrip, iaitu nombor kelas LOr.7465, LOr 7527 dan LOr.7705, di Muzium Negeri Belanda dikatakan bahawa adalah karya Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Sewaktu penulis melanjutkan tugasan mengkatalogkan manuskrip yang tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam (BAHAEIS), 1992, maka pada manuskrip nombor kelas MI 839 di beberapa tempat ada menyebut nama Syeikh Abdul Muhyi Karang Pamijahan, seolah-olah naskhah itu dinuqil daripada ajaran ulama sufi yang tersebut. Naskhah ditulis dalam bahasa Melayu dan disalin di Pulau Pinang. Selain itu, penulis juga mempunyai sebuah karya Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan, juga dalam bahasa Melayu, yang membicarakan Martabat Tujuh. ASAL USUL DAN PENDIDIKAN Syeikh Haji Abdul Muhyi adalah salah seorang keturunan bangsawan. Ayahnya bernama Sembah Lebe Warta Kusumah, adalah keturunan raja Galuh (Pajajaran). Abdul Muhyi lahir di Mataram, Lombok, Nusa Tenggara Barat, pada 1071 H/1660 M dan wafat di Pamijahan, Bantarkalong, Tasikmalaya, Jawa Barat, 1151 H/1738 M. Abdul Muhyi dibesarkan di Ampel, Surabaya, Jawa Timur. Pendidikan agama Islam pertama kali diterimanya daripada ayahnya sendiri dan kemudian daripada para ulama yang berada di Ampel. Dalam usia 19 tahun, ia berangkat ke Aceh untuk melanjutkan pendidikannya dan belajar dengan Syekh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Lebih kurang enam tahun lamanya Syeikh Abdul Muhyi belajar dengan ulama besar Aceh itu, iaitu dalam lingkungan tahun 1090 H/1679 M-1096 H/1684 M. Tahun pembelajaran Syeikh Abdul Muhyi di Aceh kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu, kita dapat membandingkan dengan tahun pembelajaran Syeikh Burhanuddin Ulakan yang dipercayai termasuk seperguruan dengannya. Syeikh Burhanuddin Ulakan yang berasal dari Minangkabau itu belajar kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri bermula pada 1032 H/1622 M, tetapi tahun ini tetap masih dipertikaikan kerana riwayat yang lain menyebut bahawa ulama yang berasal dari Minangkabau itu dilahirkan pada tahun 1066 H/1655 M. Maka kita perlu membandingkan dengan tahun kelahiran Syeikh Yusuf Tajul Khalwati dari tanah Bugis-Makasar, iaitu 1036 H/1626 M, selanjutnya keluar dari negerinya menuju ke Banten 1054 H/1644 M, seterusnya ke Aceh belajar kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri juga. Selain itu, dapat juga kita bandingkan dengan tahun kehidupan Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) Terengganu, iaitu tahun 1060 H/1650 M hingga tahun 1092 H/1681 M; Semua ulama yang tersebut dikatakan adalah murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Banyak pula ulama bercerita bahawa semua mereka termasuk Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan adalah bersahabat. Dengan perbandingan-perbandingan tahun tersebut, dapat kita ketahui bahawa tahun-tahun itu masih bersimpangsiur, masih sukar untuk ditahqiqkan. Yang sahih dan tahqiq hanyalah mereka adalah sebagai murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri di Aceh. Yang lebih menarik lagi, bahawa semua mereka, kecuali Syeikh Burhanuddin Ulakan, diriwayatkan sempat belajar ke luar negeri ke Mekah, Madinah, Baghdad dan lain-lain. Termasuk Syeikh Abdul Muhyi diriwayatkan adalah murid kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani di Mekah dan Syeikh Ahmad al-Qusyasyi di Madinah, yang kedua-dua ulama itu adalah ulama ahli syariat dan haqiqat yang paling terkenal pada zamannya. Setelah Syeikh Abdul Muhyi lama belajar di Mekah dan Madinah, beliau melanjutkan pelajarannya ke Baghdad. Tidak jelas berapa lama beliau tinggal di Baghdad, tetapi diriwayatkan ketika beliau berada di Baghdad hampir setiap hari beliau menziarahi makam Syeikh Abdul Qadir al-Jilani yang sangat dikaguminya. Dalam percakapan masyarakat, Syeikh Abdul Muhyi adalah termasuk keturunan/zuriat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Wali Allah, Quthbul Ghauts, yang sangat terkenal itu. Riwayat yang lain diceritakan bahawa Syeikh Abdul Muhyi ke Baghdad dan Mekah adalah mengikuti rombongan gurunya, Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Dari Baghdad beliau kembali lagi ke Mekah dan selanjutnya kembali ke Jawa dan berkahwin di Ampel. AKTIVITI Setelah selesai perkahwinan di Ampel, Syeikh Abdul Muhyi bersama isteri dan orang tuanya berpindah ke Darma, dalam daerah Kuningan, Jawa Barat. Selama lebih kurang tujuh tahun (1678 M-1685 M) menetap di daerah itu mendidik masyarakat dengan ajaran agama Islam. Kemudian berpindah pula ke daerah Pameungpeuk, Garut, Jawa Barat. Di daerah itu, beliau hanya menetap lebih kurang setahun saja (1685-1686), walau bagaimanapun beliau berhasil menyebarkan agama Islam kepada penduduk yang ketika itu masih menganut agama Hindu. Pada 1686 ayahnya meninggal dunia dan dimakamkan di kampung Dukuh, di tepi Kali Cikangan. Beberapa hari selepas pemakaman ayahnya, Syeikh Abdul Muhyi berpindah ke daerah Batuwangi. Beliau berpindah pula ke tempat yang berhampiran dengan Batuwangi iaitu ke Lebaksiuh. Selama lebih kurang empat tahun di Lebaksiuh (1686 M-1690 M), Syeikh Abdul Muhyi berhasil mengislamkan penduduk yang masih beragama Hindu ketika itu. Menurut cerita, keberhasilannya dalam melakukan dakwah Islam terutama kerana Syeikh Abdul Muhyi adalah seorang Wali Allah yang mempunyai karamah, yang dapat mengalahkan bajingan-bajingan pengamal “ilmu hitam” atau “ilmu sihir”. Di sanalah Syeikh Abdul Muhyi mendirikan masjid, tempat ia memberikan pengajian untuk mendidik para kader yang dapat membantunya menyebarkan agama Islam lebih jauh ke bahagian selatan Jawa Barat. Kemudian Syeikh Abdul Muhyi berpindah ke satu desa, iaitu Gua Safar Wadi di Karang Pamijahan, Tasikmalaya, Jawa Barat. Perpindahannya ke Karang Pamijahan itu, menurut riwayat bahawa beliau diperintahkan oleh para Wali Allah dan perjumpaan secara rohaniah kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, supaya beliau mencari suatu gua untuk tempat berkhalwat atau bersuluk di Jawa Barat. Cerita mengenai ini banyak dibungai dengan berbagai-bagai dongeng yang merupakan kepercayaan masyarakat terutama golongan sufi yang awam. Bagi mengimbangi cerita yang bercorak mitos itu, ada riwayat yang bercorak sejarah, bahawa Syeikh Abdul Muhyi diundang oleh Bupati Sukapura, Wiradadaha IV, R. Subamanggala untuk memerangi dan membasmi ajaran-ajaran sihir yang sesat Batara Karang di Karang Pamijahan dan di gua Safar Wadi itu. Di kedua-dua tempat tersebut adalah tempat orang-orang melakukan pertapaan kerana mengamalkan ilmu-ilmu sihirnya. Oleh sebab Syeikh Abdul Muhyi memang hebat, beliau pula dianggap sebagai seorang Wali Allah, maka ajaran-ajaran sihir yang sesat itu dalam waktu yang singkat sekali dapat dihapuskannya. Penjahat-penjahat yang senantiasa mengamalkan ilmu sihir untuk kepentingan rompakan, penggarongan dan kejahatan-kejahatan lainnya berubah menjadi manusia yang bertaubat pada Allah, setelah diberikan bimbingan ajaran Islam yang suci oleh Syeikh Abdul Muhyi, Wali Allah yang tersebut itu. Gua Safar Wadi pula bertukar menjadi tempat orang melakukan ibadat terutama mengamalkan zikir, tasbih, tahmid, selawat, tilawah al-Quran dan lain-lain sejenisnya. Maka terkenallah tempat itu sebagai tempat orang melakukan khalwat atau suluk yang diasaskan oleh ulama yang terkenal itu. Disingkatkan saja kisahnya, bahawa kita patut mengakui dan menghargai jasa Syeikh Abdul Muhyi yang telah berhasil menyebarkan Islam di seluruh Jawa Barat itu. Bukti bahawa beliau sangat besar pengaruhnya, sebagai contoh Bupati Wiradadaha IV, iaitu Raden Subamanggala pernah berwasiat bahawa jika beliau meninggal dunia supaya beliau dikuburkan di sisi gurunya Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan itu. Tempat tersebut sekarang lebih dikenali dengan nama Dalem Pamijahan. Murid-murid yang tertentu, Syeikh Abdul Muhyi mentawajjuhkannya menurut metod atau kaedah Thariqat Syathariyah yang salasilahnya diterima daripada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Walaupun tarekat yang sama diterimanya juga kepada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi, iaitu guru juga kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri, namun Syeikh Abdul Muhyi memulakan salasilahnya tetap menyebut Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Hal demikian kerana tarekat yang tersebut memang terlebih dulu diterimanya daripada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al Fansuri. Setelah beliau ke Mekah, diterimanya tawajjuh lagi daripada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi itu. Maka berkembanglah Thariqat Syathariyah yang berasal daripada penyebaran Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu di tempat-tempat yang tersebut, melalui bai’ah, tawajjuh, dan tarbiyah ruhaniyah yang dilakukan oleh Syeikh Abdul Muhyi muridnya itu. KETURUNAN Menurut riwayat, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan mempunyai empat isteri. Hasil erkahwinannya itu, beliau memperoleh seramai 18 anak. Menerusi Raden Ayu Bakta, memperoleh anak bernama Kiyai Haji Muhyiddin atau digelar Dalem Bojong. Namun menurut Aliefya M. Santrie, dalam buku Warisan Intelektual Islam Indonesia, setelah beliau pulang dari Pamijahan beliau menemukan satu artikel dalam majalah Poesaka Soenda yang menunjukkan bahawa tidak identiknya Kiyai Haji Muhyiddin dengan Dalem Bojong. Kedua-duanya memang anak Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan, tetapi Kiyai Haji Muhyiddin personaliti tersendiri dan Dalem Bojong personaliti yang lain pula. Menurutnya makam Kiyai Haji Muhyiddin dalam majalah itu disebut namanya yang lain, iaitu Bagus Muhyiddin Ajidin, terletak di sebelah selatan makam Syeikh Abdul Muhyi, sedang makam Dalem Bojong terletak di sebelah timur. Barangkali keturunan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan itu sangat ramai yang menjadi ulama di daerah Jawa Barat, sewaktu penulis berulang-alik di Pondok Gentur, Cianjur (1986 M-1987 M) difahamkan bahawa Kiyai Haji Aang Nuh di pondok pesantren adalah termasuk keturunan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Penulis sendiri menerima beberapa amalan wirid dari kiyai itu dan ternyata memang terdapat hadiah al-Fatihah untuk Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan beberapa ulama lainnya untuk memulakan amalan. Dari Kiyai Haji Aang Nuh juga, penulis mendengar cerita-cerita yang menarik mengenai Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Sampai sekarang Pondok pesantren Gentur dikunjungi mereka yang mempunyai permasalahan yang sukar diselesaikan dari seluruh Indonesia, tempat itu sentiasa ramai kerana doa kiyai itu dianggap mustajab. Di Pondok-pesantren Gentur itu tidak mengajar disiplin ilmu sebagai pondok-pesantren lainnya, di situ hanya mengajar amalan-amalan wirid terutama selawat atas Nabi Muhammad. Penulis sempat mewawancara pengunjungnya, menurut mereka wirid atau amalan yang diterima dari kiyai itu terbukti mustajab. PENYELIDIKAN ILMIYAH Oleh sebab kepopularan ulama yang dianggap Wali Allah ini, beberapa sejarawan, budayawan dan lain-lain telah berusaha menyelidiki biografi ulama yang berasal dari Pulau Lombok itu. Di antara mereka umpamanya seorang Belanda, Snouck Hurgranje, pernah mengembara di Jawa Barat dan di Sukabumi menemukan beberapa naskhah karya yang dibangsakannya kepada karya Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. R. Abdullah Apap ibn R. Haji Miftah menyusun sebuah buku berjudul, Sejarah Pamijahan: Kisah Perjuangan Syeik Haji Abdulmuhyi Mengembangkan Agama Islam di Sekitar Jabar. Aliefya M. Santrie menulis artikel Martabat (Alam) Tujuh Suatu Naskah Mistik Islam Dari Desa Karang, Pamijahan. Dan ramai lagi tokoh yang membuat kajian mengenai ulama yang dibicarakan ini. Khas mengenai artikel Aliefya M. Santrie yang lebih menjurus kepada pengenalan ajaran Martabat Tujuh versi Kiyai Haji Muhyiddin yang ditulis dengan huruf pegon. Setelah penulis teliti dan membanding dengan naskhah yang ada pada penulis yang ditulis dalam bahasa Melayu/Jawi, yang juga tercatat sebagai karya Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan, memang banyak persamaan. Demikian juga dengan manuskrip koleksi Muzium Islam Pusat Islam Malaysia nombor kelas MI 839, membicarakan Martabat Tujuh yang merupakan nukilan karya Syeikh Abdul Muhyi itu. Sungguhpun demikian perlu kita ketahui bahawa ajaran Martabat Tujuh sebenarnya bukanlah ciptaan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan tetapi yang pertama membicarakan ajaran itu ialah dalam kitab bahasa Arab berjudul Tuhfatul Mursalah karya Syeikh Muhammad bin Fadhlullah al-Burhanpuri. Kitab tersebut disyarah oleh Syeikh Abdul Ghani an-Nablusi. Martabat Tujuh dalam bahasa Melayu selain yang dibicarakan oleh Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan juga banyak, dimulai oleh ulama-ulama tasawuf di Aceh, diikuti oleh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan Ad-Durrun Nafisnya, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani juga membicarakannya dalam Siyarus Salikin, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Manhalus Shafi dan ramai lagi. Oleh itu, perkembangan ilmu tersebut di dunia Melayu tumbuh subur, tak ubahnya seperti perkembangan ilmu tauhid metode sifat 20 dan fiqh menurut Mazhab Syafie pada zaman itu. Sebagai menutup artikel ini, perlu juga penulis sebutkan sungguhpun Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan terkenal di seluruh Jawa Barat tetapi riwayat hidupnya hampir-hampir tak dikenal di dunia Melayu lainnya. Oleh itu, artikel ini adalah satu usaha memperkenalkannya yang disejajarkan dengan ulama-ulama terkenal yang lain, yang hidup sezaman dengannya, iaitu Syeikh Abdul Malik Terengganu Syeikh Burhanuddin Ulakan, Syeikh Yusuf Khalwati, Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani dan ramai lagi.

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdad

Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM manusia diseru supaya tunduk kepada Allah serta berpegang kepada al-Quran dan hadis. SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq. Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau ‘jalan-jalan sifat’ dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama. Pada saya, ada sedikit masalah ‘ketidakjujuran ilmu’, bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ. Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun 1,000 Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin. Penulis tidak merujuk kemunculan metod tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy’ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Ini masalah ‘sikap amanah’ dalam penulisan. Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakah Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas. Beliau menyatakan (hal.19): “Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra’y (Ibu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fikah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis daripada mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan Pencipta, keesaan sifat-sifat-Nya, keadilan-Nya, hikmah-Nya dan nama-nama-Nya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud dan pada perkara usuluddin.” Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243): lGolongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa’ad (khabar gembira) dan wa’id (ancaman seksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas daripada fahaman ta’til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT), dan bebas daripada bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu. lGolongan kedua ialah imam-imam fiqh sama ada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadis. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas daripada fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta’til’ (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza’i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan hawa nafsu. lGolongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab al-jarh wa al-ta’dil (kredibiliti seorang rawi) dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan. lGolongan keempat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu ‘Amr bin al-’Ala (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra’ (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma’i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu sama ada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu daripada bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij.Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia daripada golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah ‘hujah’ dalam ilmu bahasa dan Nahu. lGolongan kelima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat. lGolongan keenam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka reda dengan hidup yang ringkas, mereka mengetahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik persiapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka ‘membeli’ pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan pentasybihan (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakal kepada-Nya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya. lGolongan ketujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ. lGolongan kelapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat. Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19): “Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan Pencipta dan qidam-Nya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihat-Nya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitab-Nya dan rasul-Nya, dan mengikut segala syariat Islam dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh al-Quran serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan. Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah, lantaran perkara-perkara tersebut. Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a’lam.

HIMPUNAN PANDANGAN PARA ULAMAK TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KAUM KAFIR KRISTIAN/YAHUDI.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, masih banyak Ummat Nabi Muhammad SAW yg sedar dan tidak terpedaya atas godaan syaitan dan hawa nafsu yg menjerat sesetengah org Islam itu ke arah kekufuran. Terdapat di bawah ini himpunan link-link artikel yang berkisar tentang penggunaan kalimah Allah yang mencetukan kontroversi malah menyebabkan sesetengah daripada ummat Islam sanggup mengadaikan Aqidah dan Iman mereka kerana hanya untuk memastikan keharmonian agama atau memenuhi citarasa pengundi@penyokong. Nauzubillahi minzalik. Tidak kira mereka yang menggelarkan diri sebagai sarjana Islam, tuan guru, ustaz dan orang awam, semuanya hilang pertimbangan dalam mempertahankan soal Aqidah. Kerana karier Politik atau kepentingan peribadi atau kepentingan partai politik atau ketaksuban yang membabi buta terhadap seseorang yang menghalalkan agar orang2 kafir kristian mengsyirikkan Allah SWT. Jika mengikut hukum dan ijma’ ulama’, Redha dengan kekufuran itu menjatuh diri sesorang itu kepada kekufuran. Nauzubillahi minzalik. Inilah hakikat sebenarnya bagi mereka yang berkeras dan yakin dalam memperjuangkan ALLAH untuk org kristian. Nauzubillahi minzalik. ALLAH SWT yg Maha Esa lagi Maha Berkuasa tidak beribu, tidak berbapa, tidak beranak. Namun, org2 yg menyokong kuat pihak gereja dan kaum kafir kristian, seolah-olah menerima penghinaan dan pengsyirikan yg dilakukan oleh kaum kafir kristian. Nauzubillahi minzalik. Kerana itulah Ust Dato’ Dr. Haron Din sanggup dipecat daripada PAS, kerana mempertahankan Aqidah Islam. Bukan hamba benci akan PAS, tetapi hamba benci akan mereka dlm PAS yg menyalak bahawa mereka shj yg membawa sepanduk Islam dan apa shj dtg drpd mereka adalah benar daripada sisi agama. Nauzubillahi minzalik. Sungguh keji, jika Almarhum Ust Dato’ Fadhil Noor masih hidup, sudah tentu Ust akan menyokong Ust Dato’ Dr. Haron Din. Jika arwah datok saya masih hidup, sudah tentu dia akan malu dan sedih, kerana PAS sudah tersasar jauh drpd penubuhan awal. Bukan UMNO shj sudah tersasar, PAS juga tidak ketinggalan. Nak harapkan PKR, sudah tentu tidak, kerana mereka inilah Musuh Allah berani mencabar Agama Islam. Sudah2 politik, kembali kepada ajaran Islam yg sebenarnya…

Bukti Bergambar Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah Yang Telah Dihancurkan Wahabi Laknatullah

Semoga Allah membalas kejahatan mereka ini. Beberapa kejahatan wahabi yang telah menghancurkan rumah Nabi SAW dan Isteri tercinta Baginda,Sayyidah Khadijah yang merupakan peninggalan bersejarah yang semestinya dirawat dan dijaga dengan baik.Peninggalan seperti ini merupakan tempat2 penting yang menjadi tempat bagi anak cucu kita di generasi akan datang untuk mengenang nilai warisan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.Tetapi kini ianya dihancurkan bagi mengelakkan umat Islam mengenang kembali nabi Muhammad bin Abdullah sekaligus mempromosi nabi mereka muhamad ibn Abd Wahab. Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Ini menjadi bukti sebenarnya WAHABI ingin menghancurkan semua sejarah umat Islam serta mengkafirkan Umat Islam. Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat. Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as. Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as. Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan. Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat. Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut. Pada postingan selanjutnya, saya akan memaparkan foto-foto makam-makam ahlul bayt, para sahabat, dan istri-istri serta kerabat dekat Rasulullah Saw yang dibiarkan terlantar oleh Wahabi-Salafy. Insya Allah. Catatan : Sebagian besar gambar tersebut saya peroleh dari kitab : Ummul Mu’minin, Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fie Qalby al-Mushtafa karya DR. Muhammad Abduh Yamani yang telah diterjemahkan oleh penerbit Pustaka IIMaN dengan judul : Khadijah Drama Cinta Abadi sang Nabi. Penulis adalah bekas Menteri Penerangan Kerajaan Arab Saudi.

WAHABI: SESAT, KHAWARIJ, BUKAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH, PEMBUNUH UMMAT ISLAM, PEMBELOT KHILAFAH ISLAMIYYAH, KUMPULAN BUGHOH…NERAKA?

WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini. Buktinya : كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, ” واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم ” عساكر المسلمين ” عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ. Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita. “…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H…” Kesimpulan : 1) Fahaman Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn ‘Abidin disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam (Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah. 2) Mereka digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli bid’ah @ musyrik. Na’uzubillah. 3) al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @ menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk. Nau’zubillah. 4) Golongan al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan umat Islam. Menyokong mereka beerti menyokong pemberontakan terhadap daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam. 5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi. Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tanduk syaitan. Aamiin.

Mudahnya Sifat 20

Membaca entri Fadhilatul Ustaz Mahfuz berhubung komen Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengenai pengajian tauhid berasaskan sifat 20, terpanggil ambo nak tulis sikit mengenai pengajian kaedah sifat 20 ni. Sejak zaman berzaman, umat Islam di Nusantara belajar mengenal Allah melalui kaedah pengajian sifat 20. Ambo ingatlah tok nenek kita zaman dulu-dulu, atau setidak-tidaknya tok nenek ambolah, pun belajar nak kenal Allah melalui pengajian sifat 20 nilah. Maka amatlah malang jika sekarang ini timbul golongan yang mencemoh pengajian sifat 20. Ada yang mengatakan bahawa ianya adalah mengikut cara falsafah Yunani yang berbelit-belit dan menyusahkan. Mungkin pihak yang mencemoh pengajian tersebut tidak memahami kaedah pengajiannya dengan sebenar kerana untuk orang awam dan orang yang baru masuk Islam, pengajian Sifat 20 untuk mengenal Allah amatlah mudah. Memadai bagi mereka untuk mengaji setakat nazam ‘Aqidatul ‘Awam atau nazam tauhid yang masyhur. Ini adalah kerana bagi orang awam dia hanya perlu mengetahui 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus bagi Allah. Dan ini sudah tentu tidak bermakna menghadkan sifat-sifat kesempurnaan dan kebesaran Allah kepada hanya 20 sifat sahaja. Seterusnya pengetahuan terhadap sifat-sifat tersebut hanya perlu disokong dengan satu dalil secara ijmal sahaja, sama ada naqli ataupun aqli. Maka di mana susah dan payahnya bagi orang awam untuk belajar mengenal Allah? Apa yang lebih dari itu, seperti mengenal pecahan sifat-sifat tersebut, persoalan ta’alluq dan sebagainya, maka itu semua dihukumkan sebagai “ghawamidhul ilmil kalam” yang tidaklah menjadi keperluan untuk diketahui oleh orang awam. Apa yang perlu bagi orang awam ialah mempertingkatkan keyakinan mereka terhadap sifat- sifat tersebut bagi memperkukuhkan keimanan dan ketaatan mereka kepada Zat yang disifati dengan segala sifat kesempurnaan tersebut yakni Allah s.w.t. Jika dikatakan bahawa kaedah pembelajaran tersebut gagal menanamkan keimanan yang kukuh dalam diri umat Islam. Maka ini hanyalah sangkaan dan tuduhan yang tidak berasas. Lihat sahaja penyebar-penyebar Islam di rantau kita yang telah mengIslam tok nenek kita. Tiada keraguan bahawa bahawa mereka mempunyai keimanan yang kukuh dan mereka adalah pendokong al-’Asyairah. Merekalah yang memperkenalkan uslub mengenal Allah melalui kaedah pengajian sifat 20. Bandingkanlah dengan mereka-mereka yang mencemoh pengajian sifat 20, setakat mana sumbangan mereka – mereka ini terhadap Islam? Berapa ramai “oghe utei” yang telah mereka Islamkan? Alhamdulillah, walaupun mendapat cemohan, pengajian sifat 20 masih diajar oleh tuan-tuan guru kita yang mulia. Bahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pun pernah mengajar tauhid mengikut kaedah pengajian Sifat 20 dan kuliah pengajian Sifat 20 beliau telah dirakam dan disebar kepada masyarakat. Maka sewajarnya janganlah dicemoh kaedah pengajian Sifat 20 ni. Ambo setuju jika dikatakan bahawa yang wajib adalah mengenal Allah dengan sebenar-benar ma’rifat, akan tetapi janganlah kerana kita dah jumpa jalan lain untuk kenal Allah, jika ada, maka kita mencemoh dan memperkecilkan jalan atau uslub atau kaedah yang telah sekian lama membawa ramai orang kepada mengenal Allah s.w.t serta mentaatiNya. Demikianlah juga dengan kaedah pengajian membaca al-Quran, janganlah sebab dah ada Qiraati, dah ada Iqra’, maka kita pandang kaedah Baghdadi dengan sebelah mata sahaja. Takut-takut ada bebudak yang tak kenal huruf alif sebab dia hanya kenal bunyinya sahaja. Allahu … Allah.

IMAM 4 MAZHAB MENGKAFIRKAN I’TIQOD TAJSIM DAN ALLAH DUDUK

بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد :- IMAM 4 MAZHAB MENGKAFIRKAN I’TIQOD TAJSIM DAN ALLAH DUDUK Ketahuilah! mengucap dua kalimah syahadah, mempercayai tentang kewujudan Allah taala sahaja adalah tidak memadai dan aqidah seseorang itu dikira tidak selamat dengan mengatakan : “Allah itu berjisim”, “Allah duduk di atas arasy, Allah mempunyai arah-arah, Allah beranggota” kerana dengan itu mereka terkeluar daripada Firqah An-Najiah atau pun Ahlul Sunnah Wal- Jamaah (ASWJ). Kalimah syahadah itu merangkumi keseluruhan i’tiqod-i’tiqod yang benar daripada semua yang berkaitan dengan Sam’iyaat dan Nubuwwaat. Lagipun mereka yang menjisimkan Allah taala mereka tidak dikira beriman lagi dengan rukun iman yang pertama. Wahabi Mujassimah Musyabbihah inilah yang membawa dokrin-dokrin Yahudi ini ke dalam masyarakat Islam supaya dapat mengelirukan mereka dan lebih menyayatkan hati, sesetengah mereka yang kreatif memodifiedkan hujah-hujah mereka dengan Al-quran dan al-Sunnah supaya kelihatan ianya adalah daripada ajaran Islam. Sebenarnya apa yang Wahabi sembah ialah sesuatu yang dikhayalkan di fikiran-fikiran mereka dan apa yang mereka wahamkan. Ini bukanlan makrifatullah (mengenal Allah Taala) namanya. AL-WAHHABIYYAH MUJASSIMAH MUSYABBIHAH KEUAR ISLAM SECARA IJMA’ Thoib..disini hamba (penulis) nukilkan sedikit sahaja (ada dengan penulis berlambak lagi) dari ulama’-ulama’ yang menghukumkan Al-Wahhabiyah Mujassimah dan Musabbihah sebagai keluar dari ajaran islam secara ijma’, antaranya ialah ulama’ulama’ Mazhab yang empat, Imamuna Abu Hasan Al-Asy’ary, dan tidak lupa setengah daripada ulama’-ulama’ tanah air kita yang tercinta. 1. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Asy-Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan : “ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”. Kenyataan Imam Asy-Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Asy-Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah. Imam Asy-Syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ‘ Allah Duduk’. Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi wa Rajmul Mu’tady menukilkan dari Al-Qodi al-Husain bahawa Imam Asy-Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas arasy maka dia KAFIR ”. 2. Mari kita lihat pandangan ulama’ Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafiy menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah : “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”. 3. Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hanbal dan para ulama mazhab Hanbali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan : “ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hanbali yang masyhur. Manakala seorang ulama mazhab Hanbali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqiy Al-Hanbaliy dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan : “ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”. 4. Begitu juga Imam al-Maliky dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah. Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”. 5. Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir : “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” . Kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud : “ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya”. Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) dalam kitab Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6 mengatakan: “ Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.” Syeikh Nur Al-Din Al-Rahiri rahimahullah Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata kitab Sabil Al Muhtadin jilid 1 m/s 203 : “ Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) dalam kitab Sabil Al Muhtadin jilid 2 m/s 37 berkata: “Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”. Perlu penulis ingatkan di sini, bagi muslim dan muslimah-muslimah yang budiman janganlah terpedaya dengan golongan wahhabi ini, kerana dibimbangi akidah setengah daripada mereka itu menjisimkan Allah dan mentashbihkanNya dengan makhluk-makhluk. Rentetan daripada itu, keluar mereka dari agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya. Begitu juga dengan perkahwinan dengan golongan ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan menyayatkan hati. MULAHAZHAH : Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki rujukan-rujukan penulis nukilkan tadi, penulis bersedia berkongsi di atas dasar menyahut seruan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.